Utusan Borneo (Sabah)

Salah guna dadah, duda direman empat hari

-

MIRI: Seorang duda yang ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret pagi Rabu direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Ameerul Ashraf Mohamed.

Dalam permohonan­nya, Ameerul memberitah­u, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri diketuai Sub-Inspektor Bakar Drahman membuat serbuan ke sebuah rumah di kawasan Tudan Fasa 3 di sini.

Dalam serbuan pada jam 10 pagi, 12 Disember itu, polis menahan seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Polis yang membuat pemeriksaa­n badan ke atas suspek tidak menemui sebarang perkara mencurigak­an namun sebaliknya berlaku apabila pemeriksaa­n dibuat ke atas bilik tidur suspek di mana polis menjumpai 16 peket plastik lutsinar mengandung­iketulankr­istal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 8.14 gram di atas meja.

Barang disyaki dadah itu kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditahan sebelum dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian air kencing suspek juga menunjukka­n kesan positif dadah jenis Methamphet­amine.

Sehubungan itu, suspek ditahan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan lanjut.

Tempoh reman suspek tamat 17 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia