Utusan Borneo (Sabah)

PBB Telang Usan sokong penuh calon Parlimen Baram

-

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Telang Usan menyokong sepenuhnya calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, selaku parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bersatu hati, pihaknya tidak akan mencampuri urusan pemilihan calon.

“Kita (PBB) mempunyai disiplin dan saling menghormat­i, bahkan awal-awal lagi kita tidak mencampuri urusan pemilihan calon parti komponen lain ketika pilihan raya,” katanya di sini pada Rabu.

Dennis berkata, kerusi Parlimen Baram diwakili Parti Progresif Demokratik (PDP) dan penyandang­nya adalah Anyi Ngau yang kemungkina­n dikekalkan semula.

Untuk rekod, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi juga diwakili PDP sementara DUN Telang Usan dan DUN Mulu diwakili PBB.

Sebelum ini, Pemuda PDP berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan parti itu dan BN sekali gus menyokong tiga penyandang parti itu dikekalkan untuk PRU14.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Anthony Nogeh Gumbek dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

“Di sini kita lihat disiplin parti komponen BN iaitu tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon, menghormat­i keputusan parti komponen serta menyokong calon yang dipilih,” katanya.

Menurutnya, semua parti komponen akan saling membantu untuk memastikan kemenangan calon yang bertanding nanti.

“Saya memberitah­u ahliahli PBB Telang Usan agar meneruskan usaha mendamping­i rakyat dan membantu memastikan kemenangan BN pada PRU kelak,” jelasnya.

Kempen bertemu muka atau rumah ke rumah serta program ‘walkabout’ bahkan masih relevan untuk menerangka­n kepada rakyat pembanguna­n yang dibawa kerajaan BN.

DENNIS

“Kita akui kempen menerusi laman sosial atau aplikasi sosial seperti WhatsApp lebih cepat dan fleksibel, namun kadangkala informasi yang sahih boleh diputar belit pihak tertentu.

“Bagaimanap­un, jentera pilihan raya BN mempunyai pasukan penerangan bagi menangkis semua serangan dalam aplikasi sosial serta turun padang membetulka­n berita palsu,” tegasnya.

Dennis berkata, PBB Telang Usan juga mengusulka­n semua kerusi jawatan tertinggi dalam PBB dikekalkan pada Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia