Utusan Borneo (Sabah)

KGNS kini punya 400 ahli

Susun pelbagai program untuk dilaksanak­an

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau, Gana dan Nabai Sabah (KGNS) sehingga kini mempunyai keahlian 400 orang di negeri ini walaupun pendaftara­n persatuan ini diluluskan awal tahun ini.

Presiden KGNS Petronella Munting berkata, pada masa ini persatuan itu juga mempunyai cawangan di Keningau, Tenom dan Kota Kinabalu.

“KGNS akan meneruskan kempen keahlian dari kalangan masyarakat Kujau, Gana dan Nabaiyangt­erdapatdin­egeriini pada tahun hadapan,” katanya berucap di Majlis Malam Mesra ‘Sodop Megiaandam, Gaye Magaandam, Dondom Mogiandam’ di Dewan Presiden KGNS Masyarakat di sini pada Ahad.

Menurut beliau, persatuan itu telahpun didaftarka­n secara sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada February tahun ini dan telah membuka dua cawangan masing-masing di Tenom dan Kota Kinabalu sementara Keningau sebagai Ibu Pejabat KGNS.

Petronella berkata, persatuan itu juga telah diterima sebagai ahli gabungan Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un dan Murut (KDCA).

“KGNS telah menjalanka­n aktiviti melalui program anjuran kerajaan antaranya Gegar Keningau dan The Crocker Range Festival (TCRF) yang diadakan di sini baru-baru ini.

“Program ini adalah untuk mengisi tabung persatuan selain bersua, bercerita dan bergembira antyara ahli persatuan dan tetamu majlis,” katanya.

Menurutnya, majlis itu amat bermakna kepada ahli persatuan kerana dapat mempertemu­kan rakan-rakan yang lama tidak bersua muka selain dapat merapatkan lagi ikatan persaudara­an yang sedia terjalin antara satu sama lain.

Seramai 400 tetamu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi KDCA Keningau Robert Tawik, Naib Pengerusi KDCA Keningau Haji Zulkifli Nasir, Ahli Jawatankua­sa Umno Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik dan Setiausaha Kerja Umno Keningau Saipin Ibrahim hadir pada majlis itu.

Pelbagai acara diadakan antaranya paluan gong irama Gana, tarian mansayau, joget, poco-poco dan karaoke.

“KGNS akan meneruskan kempen keahlian dari kalangan masyarakat Kujau, Gana dan Nabai yang terdapat di negeri ini ” pada tahun hadapan. PETRONELLA MUNTING

 ??  ?? DR AINI Arif (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah.
DR AINI Arif (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? PETRONELLA (duduk, empat dari kanan) bersama AJK persatuan dan sebahagian tetamu majlis.
PETRONELLA (duduk, empat dari kanan) bersama AJK persatuan dan sebahagian tetamu majlis.
 ??  ?? ANTARA tetamu di majlis itu. Turut kelihatan Jeffrey (tiga kiri) dan Robert (empat kiri).
ANTARA tetamu di majlis itu. Turut kelihatan Jeffrey (tiga kiri) dan Robert (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia