Utusan Borneo (Sabah)

100 hadiri Program Hari Keluarga SK Weston

-

BEAUFORT: Lebih 100 orang menghadiri Program Hari Keluarga dan Jom Sihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Weston, di sini, yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Program yang julungjulu­ng kalinya diadakan itu mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), ibu bapa dan murid-murid.

Acara bermula dengan senamrobik yang dikendalik­an oleh kumpulan Fitness Pejabat Belia dan Sukan Persekutua­n Cawangan Beaufort seramai 10 orang diketuai oleh Fazilah Omar Baki, dan mendapat kerjasama daripada kumpulan Hot Mama dari Kampung Weston.

Turut memeriahka­n program ialah sukaneka perpaduan yang disertai guru-guru, ibu bapa, AKP, murid-murid dan murid prasekolah.

Yang Dipertua PIBG SK Weston Norainah Hj Salleh melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana segala perancanga­n awal akhirnya dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Katanya, kejayaan penganjura­n program itu hasil kerjasama semua pihak terutamany­apihakpent­adbir yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada setiap program PIBG yang dianjurkan.

“Kerjasama yang diberikan sehingga terlaksana­nya program ini membuktika­n ibu bapa memberikan sokongan penuh kepada PIBG untuk menganjurk­an lebih banyak lagi aktiviti dan program pada masa akan datang,” katanya.

Norainah berkata, ibu bapa digesa memberikan kerjasama dengan menghadirk­an diri pada setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG bagi memastikan program itu berjaya dilaksanak­an.

Katanya, kerjasama yang diberikan sepanjang program dijalankan sememangny­a amat membanggak­an.

 ??  ?? GURU Besar SK Weston Siti Guntok (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang AJK PIBG sambil diperhatik­an oleh Norainah (kiri).
GURU Besar SK Weston Siti Guntok (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang AJK PIBG sambil diperhatik­an oleh Norainah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia