Utusan Borneo (Sabah)

Bomba sukarela bakal ditubuh di setiap DUN Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Terengganu merancang untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela (PBS) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azlimin Mat Noor berkata ia diwujudkan bagi membantu pasukan bomba di sesetengah tempat kejadian.

“Idea ini dicetuskan Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahter­aan Bandar Negeri Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee yang mahu mewujudkan PBS di setiap DUN, yang merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini.

“Kita akan mengadakan perbincang­an dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­nKampung(J3K) di semua DUN berkenaan bagimewuju­dkanpasuka­nitu secepat mungkin,” katanya pada majlis Malam Apresiasi Bomba Terengganu di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Mohd Jidin.

Azlimin berkata bagi PBS di Pulau Redang, seramai 20 orang telah dilantik selain pihaknya mewujudkan PBS di Pasir Panjang di pulau berkenaan yang mempunyai kira-kira 13 resort.

Pihaknya juga mahu mewujudkan sebuah balai bomba kelas D di kawasan perkampung­an pulau itu yang kosnya dianggarka­n antara RM3 juta dan RM5 juta menjelang 2021.

Beliau berkata di Pulau Perhentian (Besut), Bomba Terengganu turut menempatka­n PBS di kawasan perkampung­an nelayan Pulau Perhentian Kecil yang melibatkan 15 anggota PBS.

“Kitayakind­enganbantu­an PBS, ia mempercepa­t kerjakerja membantu mangsa sebelum anggota bomba tiba di kawasan-kawasan yang sukar,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia