Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan Tandang Sari jimat masa perjalanan, anjak ekonomi tempatan

-

PUSA: Pembinaan Jambatan Tandang Sari dilihat sebagai medium perhubunga­n yang bukan sahaja menjimatka­n masa perjalanan malah memudahkan kegiatan seharian penduduk lebih-lebih lagi dalam menganjak ekonomi tempatan, di mana hasil tanaman, tangkapan ikan serta produk tempatan dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jambatan ini menghubung­kan keseluruha­n kawasan utama dalam Parlimen Batang Lupar iaitu Jambatan Batang Sadong, Jambatan Sungai Rimbas dan akan datang Jambatan Batang Lupar yang merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia, sepanjang lima kilometer.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Daerah Pusa di Dataran Tandang Sari, Pusa dekat sini, malam Rabu.

Rohani menambah, baru-baru ini beliau bersama pegawai-pegawai kanan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan masyarakat (KPWKM) membawa sekumpulan 40 wartawan dari Semenanjun­g Malaysia dan Kuching untuk meninjau pembanguna­n dan tarikan di sekitar Parlimen Batang Lupar termasuk daerah Pusa.

Antara yang diketengah­kan di Pusa adalah Taman Negara Maludam, perusahaan gula apong, madu kelulut, Beladin Fashion Center dan perusahaan anyaman oleh ibu tunggal.

“Membawa kelompok wartawan ini ke daerah Pusa merupakan satu pendedahan yang baik bagi memperkena­lkan daerah ini yang mempunyai keunikan tersendiri, seterusnya akan turut membawa impak kepada penduduk sekitar.

“Telah banyak siri terbitan menerusi rencana, siaran akhbar dan digital dan laporan melalui televisyen dibuat mengenainy­a,” jelasnya.

Rohani turut memberi cadangan kepada Ketua Menteri agar Pusat Transforma­si Luar Bandar atau RTC diwujudkan di sini.

Pusat itu boleh menggabung­kan kampung-kampung berdekatan dalam pelaksanaa­n aktiviti dengan nilai tambah tinggi.

“Selaras dengan pendekatan ekonomi digital oleh Ketua Menteri, saya juga tidak mahu penduduk di daerah ini ketinggala­n.

“Malah sebelum Ketua Menteri mengumumka­n pendekatan ini, masalah jaringan internet dan talian mudah alih antara perkara penting dalam agenda saya membantu rakyat.

“Saya sendiri beberapa kali bertemu Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menggesa agar daerah Pusa diberi keutamaan dalam mendapatka­n jaringan perhubunga­n secara maya dengan memperbany­ak menara pencawang dan kemudahan sokongan lain,” tambahnya lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia