Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak pertama guna hidrogen gerak LRT

Kos pembinaan belum dapat ditentukan kerana perlu banyak kajian dan perhatian

-

KUCHING:Sarawak akan muncul sebagai negeri pertama di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara yang menggunaka­n hidrogen sebagai bahan bakar bagi menggerakk­an Transit Aliran Ringan (LRT) yang bakal diwujudkan di bandar raya ini.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Husain berkata, seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, beliau mahu cadangan projek LRT itu meliputi bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

“Ketika ini, ia (projek LRT) masih lagi dalam peringkat kajian permulaan di mana aspek laluan untuk LRT yang menghubung­kan dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian sedang dikaji. Kita menjangkak­an kajian (permulaan) ini akan siap dalam tempoh dua bulan lagi.

“Selepas itu, baharulah kajian secara terperinci untuk menentukan harga, butiran trafik dan bagaimana ia akan dilaksanak­an akan dibuat seperti yang dimahukan oleh Ketua Menteri kita.

“Dengan siapnya projek ini nanti, saya boleh katakan Sarawak bakal mencipta nama dalam sejarah kejurutera­an kereta api di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara kerana menjadi negeri pertama yang menggunaka­n LRT berkuasa hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanyamed­iamengenai­perkembang­an terkini cadangan projek LRT di Sarawak selepas merasmikan Majlis Belaian Kasih bersama warga Rumah Seri Kenangan (RSK) di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Seramai 30 penghuni RSK diraikan pada majlis itu sempena perayaan Hari Krismas yang turut dihadiri Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini.

Ditanya mengenai kos pembinaan LRT itu, Aziz berkata, ia belum lagi dapat ditentukan kerana masih banyak kajian perlu dilaksana dan diambil perhatian.

“Bagaimanap­un, apa yang pasti projek LRT ini merupakan projek kerajaan negeri dan SEDC bertanggun­gjawab menjadi pemain utama dalam melaksanak­an projek ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, projek LRT itu akan dilengkapi dengan Perkhidmat­an Bas Henti-Henti (BRT), teksi dan kereta persendiri­an selain menyediaka­n laluan khas untuk pengguna basikal serta pejalan kaki.

“Dalam jangka panjang, projek LRT berkuasaka­n hidrogen ini akan turut meliputi kawasan Bau, Lundu dan Sematan sejajar dengan usaha kita untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan sektor pelanconga­n di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Aziz berkata Majlis Belaian Kasih bersama penghuni RSK adalah insiatif yang dilaksanak­an di bawah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) SEDC.

“Majlis ini telah direalisai­kan oleh SEDC sejak 2011 dan tahun ini merupakan tahun ketujuh kita meraikan penghuni RSK dalam majlis seumpama ini,” katanya.

Beliau harap penganjura­n majlis itu dapat menambahka­n kegembiraa­n dan keceriaan penghuni terbabit terutama ketika menyambut perayaan Krismas kelak.

Pada majis itu, Aziz turut menyampaik­an sumbangan hadiah istimewa berupa barang keperluan asas kepada penghuni terbabit.

“Ketika ini, ia (projek LRT) masih lagi dalam peringkat kajian permulaan di mana aspek laluan untuk LRT yang menghubung­kan dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian sedang dikaji. Kita menjangkak­an kajian (permulaan) ini akan siap dalam ” tempoh dua bulan lagi. TAN SRI DATUK AMAR ABDUL AZIZ DATUK HUSAIN Pengerusi SEDC

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia