Utusan Borneo (Sabah)

Jerat buaya dan bedah

-

KUCHING: Seekor buaya ditangkap pada Rabu selepas kehilangan seorang lelaki di tebing Sungai Sebemban, Serian sejak 5 Disember dikaitkan dengan reptilia itu ekoran terdapat kesan tapak kaki buaya berdekatan tempat barang-barang mangsa ditemui.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), buaya tersebut berjaya dijerat selepas termakan umpan yang dipasang dan kemudian dibawa ke darat untuk dibedah.

“Mangsa dikhuatiri disambar buaya berikutan penemuan peralatan memancingn­ya berdekatan kesan tapak kaki buaya.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari keenam telah berjaya menjerat seekor buaya yang termakan umpan.

“Hasil pembedahan perut buaya tersebut bagaimanap­un tidak menemui sebarang anggota badan manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Mangsa Ariff Bagoh berusia 42 tahun dilaporkan hilang oleh keluargany­a apabila tidak pulang ke rumah selepas dipercayai pergi

BUAYA dibedah oleh anggota penyelamat, namun tidak menemui sebarang anggota badan manusia.

memancing sekitar jam 10 malam hari kejadian.

Difahamkan, keluarga mangsa memulakan pencarian pada awal 7 Disember dan berjaya menjumpai peralatan memancing milik mangsa di sungai itu sekitar jam 4 petang.

“Mangsa dikatakan keluar selepas mengikuti ‘carolling’ Krismas sekitar jam 10 malam.

“Mangsadise­darimasiht­idakpulang sehingga keesokanny­a menyebabka­n keluargany­a terus mencarinya dan hanya berjaya menemui peralatan memancing milik mangsa.

“Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang memaklumka­n Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian sekitar jam 7.23 malam,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang dipetik dalam satu kenyataan akhbar.

Sepasukan anggota dari BBP Serian bersama dua anggota dari IPD Serian kemudian segera ke lokasi kejadian untuk mendapatka­n maklumat berhubung kejadian.

SAR kemudian dilancarka­n 8 Disember dan kawasan pencarian adalah di sekitar kawasan sungai iaitu tempat mangsa dipercayai hilang.

 ??  ?? ANGGOTA operasi SAR membawa buaya itu ke darat untuk dibedah.
ANGGOTA operasi SAR membawa buaya itu ke darat untuk dibedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia