Utusan Borneo (Sabah)

Venition tawar set menu Krismas 20 hingga 26 Dis ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Restoran Tasty Wok Venition menawarkan set menu sambutan perayaan Krismas yang bermula pada 20 hingga 26 Disember ini.

Pengurus Makanan dan Minuman Venition Jessy Chau berkata, pihaknya mahu meraikan perayaan itu bersama pelanggan dengan hidangan yang cukup menyelerak­an dan berkhasiat.

“Pakej set menu ini memerlukan pelanggan kami memilih sendiri antara tiga hidangan utama sama ada Grill Chicken Chop, Fruity Salmon Steak atau Rosemary Lam Rock.

“Selainitu,kamimenawa­rkan minuman Sparkling Wine, Creamy Seafood Soup dengan Toast beserta pencuci mulut dan minuman kopi dan tea dalam setiap tempahan set menu Krismas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan tengahari bersama media sambil memperkena­lkan set menu Krismas, di sini pada Khamis.

Jelas Jessy, pelanggan boleh menempah set menu dengan harga RM98++ per hidangan yang akan dibuka bermula jam 11 pagi hingga 11 malam di restoran berkenaan.

Lebih istimewa katanya, pada 24 Disember ini, pelanggan restoran itu boleh menempah tempat di V lounge untuk menikmati hidangan set menu Krismas bermula jam 6 petang.

“Kami juga menawarkan pelbagai hidangan istimewa seperti dim sum dan menu yang biasa kami tawarkan setiap hari untuk menepati cita rasa pelanggan kami,” katanya.

Justeru, beliau mengalualu­kan seisi keluarga untuk datang menikmati hidangan set menu Krismas dengan harga yang berpatutan.

Turut hadir ialah Chef Jonathan Augusto.

 ??  ?? KAKITANGAN restoran bersama chef menunjukka­n hidangan utama bagi set menu Krismas yang ditawarkan beserta minuman Sparkling Wine.
KAKITANGAN restoran bersama chef menunjukka­n hidangan utama bagi set menu Krismas yang ditawarkan beserta minuman Sparkling Wine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia