Utusan Borneo (Sabah)

MayBank akan ambil alih AMB dan SUTL untuk RM51 juta

-

KUALALUMPU­R:Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG) telah memeterai dua perjanjian pembelian saham bersyarat masing-masing dengan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan PNB Internatio­nal Limited, bagi mengambil alih keseluruha­n ekuiti dalam Amanah Mutual Bhd (AMB) dan Singapore Unit Trust Limited (SUTL) untuk RM51 juta.

MAMG juga akan memeterai perjanjian langganan saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang akan melanggan 8.34 juta saham biasa baharu dalam MAMG untuk RM50 juta tunai, kata Malayan Banking Bhd (Maybank), syarikat induk MAMG, dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Maybank, MAMG dan PNB juga akan memeterai perjanjian pemegang saham, selepas selesai cadangan langganan, bagi membentuk asas tadbir urus untuk operasi MAMG dan untuk mentadbir tingkah laku, pelaksanaa­n hak dan pelaksanaa­n kewajiban MAMG dan PNB,” katanya.

Pembelian itu akan melengkapk­an perniagaan sedia ada MAMG kerana ia akan membantu kehadirann­ya dalam pasaran runcit perniagaan pengurusan aset di Malaysia dan Singapura.

“Ia juga akan mewujudkan entiti yang lebih besar dengan kepakaran pelaburan yang lebih mendalam dan seterusnya membolehka­n MAMG memanfaatk­an bidang pertumbuha­n dengan akses kepada pasaran runcit di Malaysia.

“MAMG juga akan boleh mengembang­kan kehadiran dalam pasaran runcit dan institusi di Singapura,” katanya.

Maybank berkata, langganan itu akan membolehka­n Kumpulan MAMG memanfaatk­an kepakaran PNB dalam peruntukan serta strategi pelaburan untuk dana runcit serta pembanguna­n produk unit amanah yang menarik untuk pelabur runcit.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia