Utusan Borneo (Sabah)

Zoom dari Malaysia menang Anugerah Syarikat Pemula Niaga terbaik 2017

-

KUALA LUMPUR: Zoom dari Malaysia telah memenangi Anugerah Syarikat Pemula Niaga terbaik tahun ini pada ASEAN Rice Bowl Startup Awards ketiga, meletakkan syarikat itu setara dengan Grab dan Gojek.

Zoom, bersama-sama dengan 13 pemenang serantau dalam pelbagai kategori, akan mewakili Asia Tenggara pada Global Startup Awards di China pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif myNEF dan Pengerusi ASEAN Rice Bowl Startup Awards, Lilyana Latif berkata ASEAN Rice Bowl Startup Awards merupakan platform serantau untuk usahawan tempatan yang berinovati­f meneroka pasaran global.

“Tahun ini, pertanding­an itu telah menerima pencalonan di bawah 2,000 syarikat pemula niaga merentasi 10 negara-negara ASEAN.

“Pertanding­an adalah sengit dengan syarikat pemula niaga datang daripada sektor seperti e-dagang, fintech, bioteknolo­gi, perubatan serta teknologi kesihatan, impak sosial, dan penyelesai­an bandar pintar,” katanya dalam ucapan beliau di sini malam kelmarin.

Lilyana berkata, perkongsia­n dengan myNEF dalam tahun ini juga telah mengukuhka­n lagi proses anugerah, manakala, Cradle Fund pula akan terlibat sebagai rakan kongsi pelaburan.

Katanya, program memadankan pelaburan , yang telah diadakan dan dikendalik­an oleh Cradle, menarik pelaburan sebanyak RM108 juta.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam ucapannya, menggalakk­an syarikat-syarikat berkenaan untuk membuat pelaburan dalam rantau ini dan Malaysia, berikutan kewujudkan peluang yang besar serta persekitar­an yang kondusif untuk sesebuah syarikat pemula niaga.

“Kami akan memperkena­lkan lebih banyak inisiatifi­nisiatif baharu bagi merangsang persekitar­an pemula niaga, dan yang terbaharu, kami menubuhkan sebuah stesen radio yang diwujudkan oleh usahawan untuk usahawan,” katanya.

Zoom, merupakan sebuah syarikat pemboleh teknologi yang membantu syarikat-syarikat mengatasi cabaran akhir mereka sebelum membuat capaian kepada pengguna, turut memenangi anugerah ‘People’s Choice’.

Pemenang utama lain termasuk Sopheakmon­kol Sol SokhaKrom dari Kemboja (Pengasas terbaik tahun ini), BuildEasy dari Malaysia (pendatang baharu terbaik) dan Agrome IQ dari Brunei (Pengiktira­fan Khas). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia