Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n harga minyak dunia beri kesan baik kepada MLNG Train 9

-

BINTULU: Tahun 2017 merupakan tahun baik buat industri minyak dan gas dengan kadar harga minyak di pasaran dunia mencecah AS$63-AS$64 setong diikuti harga gas asli juga menunjukka­n peningkata­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG (MLNG) Group of Companies, Ir Pau Kiew Huai yang gembira dengan perkembang­an itu berkata, keadaan itu baik untuk Malaysia LNG dan beliau turut berbangga Projek MLNG Train 9 baharu yang diterajui oleh anak tempatan, Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG Sdn Bhd, Pandai Othman beroperasi lancar tahun ini.

Katanya, kejayaan itu juga atas sokongan penduduk setempat, agensi kerajaan, kontraktor serta semua pembekal di Bintulu yang menyumbang kejayaan besar operasi Train 9 ini.

“Pencapaian paling besar pada tahun 2017 juga adalah MLNG dapat menghantar 10,000 kargo berisi produknya keluar dari Bintulu tanpa gagal kepada pelanggan terutamany­a di Jepun.

“Ia adalah bukti hebat bagi kami yang mengoperas­ikan loji dengan selamat dan kebolehper­cayaan selama 35 tahun. Terima kasih kepada sokongan serta pencapaian itu,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra Krismas Petronas MLNG di Hotel Nu malam kelmarin.

Dengan pencapaian itu katanya, saya juga ingin mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan di Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kontraktor, pembekal yang membantu perniagaan kami bergerak lancar sepanjang 35 tahun.

“Kami melihat untuk masa hadapan dengan berharap lebih banyak kargo atau 10,000 kargo lagi dapat dihantar pada tahun-tahun mendatang dan dengan sokongan semua kami percaya akan dapat melakukann­ya sekali lagi,” tambahnya.

Di samping perniagaan katanya, kami turut aktif dalam program kerja tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk komuniti dan kemanusiaa­n, alam sekitar dan pendidikan membabitka­n banyak program yang kesemuanya disertai semua pihak yang membantu kami melaksanak­an kerja-kerja terbabit dengan baik.

“Contohnya pembersiha­n pantai, program `outreach’ ke rumah panjang membabitka­n sambutan Hari Gawai, Tahun Baharu Cina dan sebagainya. Kami mahu menyumbang secara adil yang melibatkan semua komuniti di Bintulu supaya komuniti lebih tahu mengenai kami dan kami juga lebih mengetahui keadaan komuniti di persekitar­an,” jelasnya.

Katanya, melaluinya kami akan dapat lebih membantu komuniti Bintulu dengan lebih baik dan sokongan kepada perniagaan akan membantu kami menjadikan persekitar­an loji industri gas asli cecair selamat, mengukuhka­n kebolehper­cayaan dan sokongan untuk tahuntahun mendatang.

Dalam perkembang­an lain katanya, pembersiha­n pantai baru-baru ini di Taman Negara Similajau serta pelaksanaa­n projek penempatan tukun tiruan di perairan taman itu sejak empat dan lima tahun lepas kini menunjukka­n kesan baik kepada kehidupan marin dan penyupenyu pula mula kembali ke taman terbabit.

“Kami menggalakk­an penduduk serta orang ramai membawa anak-anak dan guru-guru membawa pelajar mereka mengadakan pelbagai aktiviti seperti menjelajah atau meninjau kawasan taman serta bermalam di sana untuk melihat apa yang telah kami lakukan serta menghargai alam sekitar,” katanya.

Katanya, MLNG turut aktif dalam kerja-kerja CSR di pedalaman dan bandar dengan memfokuska­n kerjakerja CSR di Pelagus Kapit selama enam bulan selain turut membaik pulih infrastruk­tur sekolah membabitka­n dewan sekolah bagi memberi kemudahan lebih baik kepada warga sekolah.

“Program itu telah dilancarka­n oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Masing dan kami akan melaksanak­an banyak lagi program CSR untuk sekolah-sekolah di luar bandar membabitka­n ceramah motivasi kerjaya, pembelajar­an dalam bahasa Inggeris, permainan dan sebagainya.

“MLNG ingin menerap dan menunjuk sikap baik kepada generasi muda yang akan kembali sebagai komuniti pada masa depan,” ujarnya.

Beliau berkata, Petronas MLNG yang mengeluar dan memproses minyak dan gas menggesa prosedur operasi pengendali­an bahan di loji perlu lebih teratur selain perlu mematuhi keperluan HSE (Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar) maka kami memerlukan orang yang berdisipli­n dan mematuhi peraturan untuk memastikan loji sentiasa selamat.

Hadir pada majlis itu Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping; Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­den Zulkipli Suhaili; Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II), Unjar Lum; Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Sdn Bhd, Ir Lucas Takip; Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG Sdn Bhd, Pandai Othman; Ketua Sarawak Gas Petronas Carigali Sdn Bhd, Morris Mail serta pengurus-pengurus kanan, pengurus-pengurus dan pegawai-pegawai Petronas.

 ??  ?? PAU (tengah) bersama Supt Zulkipli, Lucas, Unjar (kanan), Teo (kiri) dan tetamu lain yang hadir pada Majlis Makan Malam Pra-Krismas Petronas MLNG merakam gambar kenangan malam kelmarin.
PAU (tengah) bersama Supt Zulkipli, Lucas, Unjar (kanan), Teo (kiri) dan tetamu lain yang hadir pada Majlis Makan Malam Pra-Krismas Petronas MLNG merakam gambar kenangan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia