Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah Odebrecht: Naib Presiden Ecuador dipenjara 6 tahun

-

QUITO: Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas, dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kelmarin kerana menerima habuan yang me-nyalahi undangunda­ng daripada syarikat pembinaan gergasi dari Brazil, Odebrecht.

Beliaumeru­pakanahlip­olitik berpangkat­palingting­gidisabit kesalahan dalam kes besar yang berkisar sekitar Odebrecht, dengan amalan masa lalu yang memberi sogokan untuk mendapatka­n kontrak kerja raya menyelubun­gi pegawai dan bekas pegawai di beberapa buah negara Amerika Latin.

Glas, 48, berada dalam tahanan pencegahan sejak Oktober lalu, setelah imuniti beliau ditarik balik oleh Kongres – tetapi beliau dibenarkan untuk terus menjadi naib presiden.

Perbicaraa­nnya di Mahkamah Agung Ecuador bermula bulan lepas.

Beliau dapat mengemukak­an rayuan ke atas hukuman berkenaan, yang tidak akan berkuatkua­sa sebelum ia di-sahkan oleh mahkamah itu pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pendakwa berkata Glas menerima rasuah berjumlah AS$13.5 juta (RM58.1 juta) daripada Odebrecht, menerusi seorang bapa saudara yang turut ditahan. Beliau juga didakwa atas tuduhan menjalin hubungan haram.

Tiga individu lain dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dalam kes sama, hukuman mereka diringanka­n oleh “kerjasama berkesan” dengan pihak berkuasa, menurut keputusan yang dibaca oleh Hakim Edgar Flores.

Dalam satu temu ramah Oktober lalu dari penjara di Quito, Glas memberitah­u AFP beliau adalah mangsa dendam syarikat pembinaan gergasi itu selepas beliau memainkan peranan penting dalam usaha menyingkir­kan syarikat itu dari Ecuador pada 2008 ekoran pertikaian berhubung kerja membaik-pulih sebuah loji hidroelekt­rik.

Glas, yang menjadi menteri sektor strategik sebelum beliau menjadi naib presiden pada 2013, menafikan sebarang kaitan dengan skandal Odebrecht, walaupun bapa saudaranya, Ricardo Rivera, telah ditangkap kerana didakwa turut terlibat.

Di bawah siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Odebrecht bersetuju pada Disember lalu untuk membayar denda seba-nyak AS$3.5 bilion (RM15.1 bilion) selepas mengakui membayar rasuah sebanyak AS$788 juta (RM3.39 bilion) di 12 negara untuk mendapat-kan kontrak. — AFP

 ??  ?? GLAS bereaksi ketika tiba di mahkamah untuk menghadiri perbicaraa­n atas tuduhan menerima rasuah daripada Odebrecht di Quito, Ecuador kelmarin. — Gambar Reuters
GLAS bereaksi ketika tiba di mahkamah untuk menghadiri perbicaraa­n atas tuduhan menerima rasuah daripada Odebrecht di Quito, Ecuador kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia