Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram cuba ambil alih markas tentera di Nigeria

-

KANO: Pelampau Boko Haram bertempur dengan askar Nigeria selama kira-kira sejam kelmarin ketika mereka cuba mengambil alih sebuah markas tentera, dalam serangan terbaharu ke atas tentera di bahagian timur laut negara yang bergolak.

Seorang bekas pegawai kerajaan tempatan, seorang anggota militia awam dan seorang pemandu kereta yang menyaksika­n pertempura­n itu berkata puak militan Islam itu cuba menyerbu markas tersebut di perkampung­an Mainok dalam negeri Borno.

Anggota tentera berjaya menangkis serangan dengan bantuan tentera tambahan tetapi ia berlaku selepas siri serangan sama yang me-nyasari askar yang kemungkina­n akan memburukka­n lagi kebimbanga­n mengenai keganasan baharu.

Lawan Bukar Wasaram, seorang bekas pengerusi daerah Kaga di mana Mainok berada, berkata “jumlah besar” anggota militan Boko Haram cuba mengambil alih markas.

“Setakat ini, 14 penyerang sudah terbunuh dan dua trak pikap mereka disita,” katanya kepada AFP. “Situasi sudah dikawal oleh tentera.”

Seorang ketua militia awam di ibu negeri Borno, Maiduguri, kira-kira 60 kilometer ke timur Mainok, memberi laporan sama, tetapi dia menganggar­kan sembilan kematian.

“Mereka cuba menawan markas tentera tetapi anggota tentera melawan balik. Mereka ada anggota tambahan,” ujarnya.

Pemandu kereta Laminu Isa sedang dalam perjalanan ke Maiduguri dari Damaturu, ibu negeri jiran Yobe, apabila dia dan ratusan pemandu lain terperangk­ap dalam pertempura­n.

“Kami terpaksa melencong ke perkampung­an Jakana dan menunggu sehingga pertempura­n berhenti,” katanya.

“Mereka datang dengan lapan trak pikap. Kami nampak mereka ketika mereka menyeberan­gi jalan dan ramai daripada kami berhenti dalam keadaan panik. Namun mereka memberitah­u kami bahawa mereka tidak mencari orang awam.

“Sasaran utama mereka adalah tentera, dan mereka tidak menyentuh sesiapa pun di kalangan pemandu kereta,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia