Utusan Borneo (Sabah)

Bomba hampir berjaya kawal kebakaran di Los Angeles

-

LOS ANGELES: Anggota bomba di Los Angeles kelmarin berkata mereka hampir berjaya mengawal satu kebakaran selama seminggu yang disebabkan oleh “api memasak yang menyalahi undang-undang” di sebuah tapakperkh­emahanoran­gyang tidak ada tempat tinggal.

Kebakaran itu, yang sudah 90 peratus terkawal, memusnahka­n 170 hektar sejak ia berlaku pada awal pagi 6 Disember lalu, memusnahka­n enam rumah dalam kawasan mewah Bel Air, dan merosakkan 12 lagi.

“Kami tidak tahu tapak perkhemaha­n ini ada di sana. Jika kami tahu, kami pasti sudah menggalakk­an mereka untuk berpindah,”kata ahli majlis bandar raya Paul Koretz.

“Namun apa yang menjadikan ini jauh lebih tragis adalah tragedi orang tidak ada tempat tinggal, dan hakikat bahawa kita ada puluhan ribu orang yang tinggal di jalanan dan ia bermakna perkara seperti ini akan berlaku sehingga kita semakin bijak menangani masalah ini,” ujarnya.

Kebakaran “Skirball” berlaku dalam kawasan sama dengan Kebakaran Bel Air pada 1961, yang memusnahka­n kira-kira 500 kediaman dan membawa kepada pelbagai perubahan dasar, termasuk larangan ke atas bumbung kasau kayu. — AFP

KOTA GAZA: Israel melancarka­n siri serangan udara ke atas puak Hamas di Gaza awal semalam, kata pihak tentera, beberapa jam selepas roket dilepaskan ke negara Yahudi itu dari wilayah Palestin tersebut.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata mereka menyasari tiga kemudahan tentera Hamas di beberapa bahagian di Semenanjun­g Gaza, yang dikuasai Hamas.

“Kemudahan tentera tersebut digunakan sebagai pekarangan latihan dan penyimpana­n senjata,” kenyataan itu menyebut.

“Ini adalah tindak balas kepada projektil yang dilepaskan ke wilayah Israel dari Semenanjun­g Gaza pada awal petang tadi.”

Sumber keselamata­n Palestin berkata lebih 10 serangan dilakukan ke atas sasaran tersebut, termasuk sebuah tapak tentera laut Hamas dan sebuah pangkalan tentera dekat kem pelarian Shati di utara Gaza.

Sumber itu berkata kerosakan signifikan berlaku kepada tapak-tapak tersebut selain kerosakan ringan kepada rumah berdekatan yang menyebabka­n kecederaan ringan.

Kementeria­n kesihatan di Gaza tidak memberikan pengesahan awal mengenai kecederaan.

Serangan berlaku beberapa jam selepas sistem pertahanan misil Israel memintas dua

PENDUDUK Palestin melihat kerosakan pada kemudahan tentera Hamas pada awal 9 Disember selepas serangan udara Israel di Beit Lahia di utara Semenanjun­g Gaza. — Gambar AFP

roket yang dilepaskan dari Gaza.

Roket itu sering dilepaskan oleh kumpulan Islamis kecil tetapi Israel mempertang­gungjawabk­an Hamas yang memerintah Gaza bagi sebarang serangan dari wilayah tersebut.

Pihak tentera turut mengumumka­n ia akan menutup pintu masuk barangan utama di antara Gaza dan Israel bermula semalam “kerana kejadian keselamata­n dan selari dengan penilaian keselamata­n”. Keganasan dari Gaza me-ningkat sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumka­n beliau akan mengiktira­f Jerusalem (Bai-tulmaqdis) sebagai ibu negara Israel pada Rabu lalu.

Empat warga Gaza sudah maut, dua dalam pertelingk­ahan sepanjang sempadan dan dua anggota militan Hamas dalam satu serangan udara Israel. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia