Utusan Borneo (Sabah)

Quebec siasat dakwaan wanita dilarang bekerja di tapak pembinaan dekat masjid

-

MONTREAL: Menteri buruh Quebec kelmarin meminta siasatan dijalankan ke atas laporan yang mendakwa wanita dilarang daripada bekerja di tapak pembinaan kerja raya dekat masjid Montreal pada hari Jumaat, hari masyarakat Muslim sembahyang berjemaah.

Dominique Vien meminta Suruhanjay­a Pembinaan di wilayah itu untuk membuka siasatan ekoran kenyataan daripada pegawai di dua syarikat kerja raya mengenai pengecuali­an tiga wanita dari sebuah tapak kerja dekat sebuah masjid di Montreal.

Seorang jurucakap bagi salah sebuah masjid terbabit menafikan membuat sebarang permintaan sedemikian dan berkata dia hanya menyedari tentang perkara itu menerusi media.

Berita TVA melaporkan Selasa lepas bahawa pegawai dari dua masjid meminta seorang pengurus dari salah sebuah syarikat terbabit untuk menghentik­an kerja pembinaan pada hari Jumaat.

Apabila kontraktor itu enggan, mereka dilaporkan mendapatka­n larangan ke atas pekerja wanita bekerja pada Jumaat. Permintaan itu, jika disahkan, “tidak dapat diterima sama sekali”, kata Vien di satu sidang akhbar.

“Kesamarata­an antara lelaki dan wanita adalah satu hak asasi,” kata Vien.

“Hak untuk bekerja adalah satu hak di Quebec dan wanita dapat bekerja di mana sahaja mereka mahu.”

Moayed Altalibi, yang bercakap untuk Masjid Ahlill Bait – yang berdepan dengan salah sebuah tapak pembinaan – menafikan membuat permintaan sedemikian.

Masjid itu “mempunyai hubungan baik dengan kontraktor sejak permulaan projek”, Altalibi menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah mereka “terkejut dan hairan” dengan laporan TVA.

Pegawai masjid “tidak pernah meminta sesiapa dikecualik­an. Permintaan ini, jika ia wujud, tidak datang dari organisasi kami.”

Kenyataan dalam laporan TVA “bukan sahaja palsu, tetapi mendorong kesinisan dan menjejaska­n seluruh masyarakat”, kenyataan itu menyebut.

Pada Oktober lalu Dewan Negara Quebec meluluskan undang-undang mengenai keneutrala­n agama yang melarang pegawai atau sesiapa yang menerima khidmat awam daripada menutup wajah mereka.

Pengkritik mendakwa langkah itu meminggirk­an wanita Muslim konservati­f dengan membataska­n akses mereka kepada perkhidmat­an dan pekerjaan kerajaan. Undang-undang itu sedang dicabar di mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia