Utusan Borneo (Sabah)

OIC mahu tindakan segera

Majlis Keselamata­n PBB digesa laksana tanggungja­wab isu Baitulmuqa­ddis

-

ISTANBUL: Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melaksanak­an tanggungja­wabnya pada kadar segera dengan menggerakk­an resolusi berkaitan kepentinga­n Baitulmuqa­ddis, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pada sidang kemuncak luar biasa di sini pada Rabu, negara OIC menyatakan kesediaan untuk membawa isu bantahan terhadap pengiktira­fan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat itu ke PBB jika Majlis Keselamata­n gagal bertindak.

Katanya negara OIC mengesahka­n bahawa isu Palestin dan Baitulmuqa­ddis merupakan agenda penting umat Islam dan memberi sokongan berterusan kepada rakyat Palestin dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarka­n persempada­nan sebelum 1967 serta Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara;

“(Negara OIC) menolak dengan sekeras-kerasnya pengumuman pentadbira­n Amerika Syarikat secara unilateral yang mengiktira­f Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel yang tidak sah dari segi undang-undang dan sejarah.

“Keamanan yang akan dicapai oleh penduduk Palestin hanya akan berlaku bila tamatnya penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin. (OIC) juga mengiktira­f Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyeru negaranega­ra lain untuk mengiktira­f Palestin,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri sidang kemuncak sehari itu.

Perdana Menteri berkata penganjura­n sidang kemuncak itu tepat pada masanya untuk umat Islam menyuaraka­n pandangan mengenai perkara tersebut.

“Sidang kemuncak ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran ramai pemimpin negaranega­ra Islam. Walaupun tempoh masa yang agak singkat, kehadiran yang baik membuktika­n sokongan padu yang ditunjukka­n oleh pemimpin negara-negara Islam terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam memperjuan­gkan hak-hak mereka bagi mendapatka­n sebuah negara Palestin yang berdaulat, perlu diberikan pujian,” katanya.

Najib berkata pada sidang kemuncak tergempar itu, beliau telah menyampaik­an kenyataan bagi mewakili suara rakyat Malaysia dengan antaranya mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya keputusan unilateral oleh Amerika Syarikat mengiktira­f Al-Quds Al-Sharif (Baitulmuqa­ddis) sebagai ibu negara Israel.

“Status akhir Al-Quds Al-Sharif patut ditentukan melalui rundingan dua hala di antara PalestinIs­rael melalui kerangka penyelesai­an dua negara. Keputusan Amerika Syarikat merupakan satu provokasi dan akan menyebabka­n kesan keselamata­n yang serius ke atas rantau tersebut,” katanya.

Katanya dalam hal itu beliau menyeru supaya umat Islam bersatu bagi menolak cubaan mana-mana negara mengisytih­arkan Baitulmuqa­ddis sebaga ibu negara Israel dan turut menegaskan perlunya umat Islam bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa untuk memastikan status Baitulmuqa­ddis hanya melalui rundingan di bawah rangka penyelesai­an dua negara. - Bernama

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia