Utusan Borneo (Sabah)

Doktor pelatih mungkin jalani latihan di hospital universiti swasta

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan sedang mempertimb­ang cadangan untuk membenarka­n doktor pelatih menjalani latihan di hospital universiti perubatan swasta sekiranya ia memenuhi syarat ditetapkan kementeria­n.

Menteri berkenaan Datuk SeriDrS.Subramania­mberkata antara syarat berkenaan adalah mempunyai cukup pesakit, katil dan jabatan pakar.

“Sekiranya semua syarat itu dipenuhi, tiada masalah bagi doktorpela­tihmenjala­nilatihan di sana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah di hospital pertama Universiti Perubatan Antarabang­sa (IMU) di sini, Khamis.

Dr Subramania­m berkata cadangan itu masih dibincangk­an dan mungkin dilaksanak­an pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IMU Profesor Abdul Aziz Baba berkata hospital IMU memberi tumpuan sepenuhnya kepada pesakit bermula dari proses dan prosedur rawatan termasuk pakar.

“Pesakit akan mendapat akses kepada peralatan dan kemudahan terkini serta dirawat oleh beberapa pengamal perubatan terbaik negara, yang merupakan sebahagian daripada universiti ini,” katanya. Hospital IMU, yang dibangunka­n dengan anggaran kos antara RM150 juta dan RM200 juta, akan dibina di kawasan bersebelah­an dengan universiti itu dan disasarkan untuk beroperasi pada 2021.

Fasa 1 hospital itu akan mempunyai 96 katil, tiga dewan bedah, bilik rawatan kecemasan, 22 klinik pakar dan dua klinik kesihatan. Ia akan diperluas secara berperingk­at hingga mempunyai 312 katil. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia