Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai lihat pancuran meteor di Balai Cerap Teluk Kemang

-

PORT DICKSON: Kira-kira 300 pengunjung hadir untuk menyaksika­n pancuran meteor ‘geminids’ di perkaranga­n Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK), di sini sejak 8 malam Rabu sehingga awal pagi Khamis.

Penolong Pengurus BCTK Muzamir Mazlan berkata fenomena tersebut berlaku setiap tahun pada pertengaha­n bulan Disember dan pancuran meteor itu dapat dilihat hanya menggunaka­nmatakasar­tanpa menggunaka­n teleskop.

Beliau berkata pencahayaa­n di perkaranga­n BCTK dan juga kawasan sekitar ditutup oleh pihak Majlis Perbandara­n Port Dickson pada malam tadi supaya pancuran meteor ini dapat dilihat dengan lebih jelas dan terang tanpa pencemaran cahaya.

“Lokasi yang sesuai untuk melihat ialah di BCTK ini kerana kami ada kemudahan untuk menutup semua lampu di sekitar kawasan ini dan kami juga mendapat kerjasama pihak Lexis Hibiscus supaya menutup lampu limpah yang menghala ke atas.

“Kerjasama yang sangat baik daripada pihak MPPD dan juga Lexis Hibiscus ini amat kami hargai ini adalah sematamata untuk memupuk minat orang ramai dalam bidang astronomi di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Muzamir berkata pancuran meteor kali ini juga sangat sesuai dilihat kerana pada malam ini cahaya bulan sangat kurang disebabkan bulan sabit ataupun dipanggil bulan tua.

Beliau berkata pada malam ini juga turut diadakan pertanding­an foto pancuran meteor tersebut dengan yuran RM10 yang menawarkan pemenang tempat pertama wang tunai RM300 manakala tempat kedua hingga kelima RM50.

Sementara itu, pelajar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Nur Ain Shuhada, 17, berkata ini merupakan pengalaman­nya yang kedua melihat fenomena angkasa lepas yang sebelum ini berpeluang menyaksika­n planet menggunaka­n teleskop di BCTK. - Bernama

 ??  ?? ORANG ramai berkumpul sejak dari jam 11 malam untuk menyaksika­n fenomena pancuran meteor geminids di Perkaranga­n Balai Cerap Teluk Kemang malam Rabu.
ORANG ramai berkumpul sejak dari jam 11 malam untuk menyaksika­n fenomena pancuran meteor geminids di Perkaranga­n Balai Cerap Teluk Kemang malam Rabu.
 ??  ?? PANCURAN meteor geminids kelihatan jelas di langit yang berjaya dirakam dari Perkaranga­n Balai Cerap Teluk Kemang awal pagi Khamis.
PANCURAN meteor geminids kelihatan jelas di langit yang berjaya dirakam dari Perkaranga­n Balai Cerap Teluk Kemang awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia