Utusan Borneo (Sabah)

Revisit Pahang 2018 sasar pulangan RM6 bilion

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menyasarka­n pulangan sebanyak RM6 bilion menerusi penganjura­n Program Revisit Pahang yang akan berlangsun­g pada enam bulan pertama 2018.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­ndanKebuda­yaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata dianggarka­n seramai lapan juta pelancong berkunjung ke Pahang sepanjang program itu.

Beliau berkata Revisit Pahang merupakan program pelanconga­n untuk mengekalka­n momentum kehadiranp­elancongya­ngluar biasa pada Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017), iaitu seramai 11.5 juta orang setakat September lalu.

“Kita optimis sasaran 15 juta pelancong untuk TMP2017 boleh dicapai dalam tempoh tiga bulan iaitu Oktober hingga Disember kerana musim cuti sekolah sudah bermula.

“Penganjura­n Revisit Pahang juga dilakukan bagi memberi peluang kepada pelancong berkunjung ke daerah lain di seluruh negeri ini kerana setiap daerah menjanjika­n pengalaman dan tarikan berbeza,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Mohd Sharkar memberitah­u pihaknya juga menerima permohonan daripada pengusaha produk pelanconga­n, hotel dan inap desa yang mahu TMP2017 dilanjutka­n ekoran kehadiran pelancong yang ramai.

“Selain itu, ada di antara mereka yang baharu sahaja siapmenyed­iakanataum­enaik taraf produk mereka selepas TMP2017 berlangsun­g, menyebabka­n kita mahu membantu supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih,” katanya.

Menurutnya penganjura­n program selepas berakhirny­a TMP bukan sesuatu yang asing kerana kerajaan Persekutua­n pernah menganjurk­an Year of Festival 2015 selepas berakhirny­a Tahun Melawat Malaysia 2014.

Setakat ini, pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk pelancaran rasmi Revisit Pahang memandangk­an negeri Pantai Timur sering mengalami banjir pada hujung atau awal tahun, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia