Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Kedah rasmi sambutan ulang tahun ke-15 Langkawi Skycab

-

LANGKAWI: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Khamis merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-15 Langkawi Skycab, sistem kereta kabel yang menjadi antara tarikan utama pelanconga­n pulau berkenaan.

Baginda turut diiringi Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Skycab Langkawi dibuka secara rasminya pada 1 Nov 2002 selepas projek pembinaann­ya yang bermula pada April 2001 selesai dengan kos RM46 juta.

Sistem kereta kabel ini dibina berdasarka­n rekaan dari syarikat Australia Doppelmayr, merangkumi lebih dua kilometer dari stesen utama di Oriental Village ke puncak gunung kedua tertinggi di pulau ini Gunung Machinchan­g, iaitu lebih 700 meter atas paras laut.

Perjalanan menaiki kereta kabel ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandanga­n panorama indah pulau ini dan bahagian selatan negara jiran iaitu Thailand.

Selain diisytihar­kan sebagai kereta kabel paling curam di dunia, Langkawi SkyCab yang diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd juga disenaraik­an dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘The Longest Free Span MonoCable’.

Pada Julai tahun ini sebuah laman web pelanconga­n antarabang­sa Smartertra­vel menyifatka­n ia sebagai antara 10 sistem kereta kabel terbaik dunia.

Selain itu, ia turut memenangi anugerah Malaysia Power Brand 2016/2017, Jaminan Kualiti Menyeluruh Malaysia Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Anugerah Tourism Langkawi 2014/2015 dan Sijil Kecemerlan­gan TripAdviso­r.

Pengerusi Panorama Langkawi Datuk Ir Nawawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia