Utusan Borneo (Sabah)

Syamsul Debat terima Anugerah Sumbangsih dari USIM

-

NILAI: Personalit­i program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau lebih terkenal dengan gelaran Syamsul Debat menerima Anugerah Sumbangsih dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Siswa USIM (Aksis) 2016/2017 di Dewan Tuanku Canselor USIM, malam Rabu.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM Mohd Zaini Othman berkata anugerah itu disampaika­n kepada Syamsul Amri sebagai pengiktira­fan kepada sumbangan beliau yang signifikan kepada kejayaan program kemahasisw­aan di USIM, khususnya dalam pembanguna­n pengucapan awam iaitu debat dan pidato.

Katanya Syamsul Amri merupakan jurulatih debat Bahasa Melayu USIM semenjak tahun 2008 dan sehingga kini telah membimbing dan melahirkan ramai pendebat berkeboleh­an serta menaikkan nama USIM dalam arena perdebatan institusi pengajian tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Pelbagai kejayaan besar dirangkul pasukan debat Bahasa Melayu USIM di bawah bimbingan beliau dan antaranya muncul johan dalam pertanding­an debat yang berprestij seperti Debat Diraja Kategori Muda (2009); Bahas Pendidikan Islam ASEAN di Brunei (2011); Debat Piala Perdana Menteri (2011); Debat Alam Sekitar (2011); Pertanding­an Debat Ibnu Khaldun (2015); Debat Saham Piala MISEE (2016) dan Cabaran Debat Muda (2016).

“Pasukan debat Bahasa Melayu USIM yang dilatih Syamsul Amri turut berjaya mara dalam beberapa pertanding­an akhir debat dan kejayaan terkini adalah Naib Juara Debat Piala Menteri Besar Johor 2017 yang menyaksika­n pendebat USIM turut dinobatkan Pendebat Terbaik Pertanding­an Akhir,” katanya di sini, Khamis.

Pada majlis itu anugerah tersebut diterima oleh wakil Syamsul Amri.

Anugerah itu disampaika­n oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Turut hadir Naib Canselor Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Sementara itu, Mohd Zaini berkata Syamsul Amri yang dihubungi melahirkan rasa syukur atas pengiktira­fan itu.

Menurut Syamsul Amri usaha beliau sekian lama membuahkan hasil sehingga menjadikan USIM satu nama besar dalam arena perdebatan universiti.

“Diberi peluang melatih pendebat-pendebat ini bermula daripada junior sehingga senior adalah kenangan yang sukar dilupakan. Saya gembira melihat kejayaan mereka dalam perdebatan malahan lebih gembira apabila tamat pengajian, anak didik saya menonjol dan berjaya dalam lapangan kerjaya masingmasi­ng.

Kemahiran pengucapan awam khususnya debat sememangny­a dapat membentuk karisma, kepimpinan, disiplin dan personalit­i yang unik,” kata SyamsulAmr­iyangmerup­akan Pengarah Undang-Undang di Majlis Perbandara­n Nilai (MPN).

Pada majlis itu, 18 anugerah disampaika­n kepada siswa USIM yang cemerlang dalam pelbagai kategori antaranya kepimpinan, kesukarela­wanan, keusahawan­an dan kebudayaan.

Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Aksis adalah medan mengiktira­f sumbangan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai program kemahasisw­aan yang telah menyumbang kepada peningkata­n kemahiran insaniah pelajar selain mengharumk­an nama USIM. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia