Utusan Borneo (Sabah)

Pencalonan

-

KISAH percintaan dongeng ‘The Shape of Water’ mendahului pencalonan Golden Globe dengan tujuh Isnin lepas apabila Hollywood melancarka­n musim anugerah yang dijangka akan dibayangi skandal salah laku seksual yang menyelubun­gi industri perfileman.

Fantasi tahun 1960-an arahan Guillermo del Toro yang menerima pujian mendapat pencalonan dalam beberapa kategori utama, termasuk drama filem terbaik dan aktres terbaik untuk Sally Hawkins.

‘The Post’ dan ‘Three Billboards outside Ebbing, Missouri’ menyusuli dengan enam pencalonan manakala filem tentang kematangan ‘Lady Bird’ mendapat empat pencalonan.

Pengumuman itu akan memberi dorongan yang dialu-alukan oleh caloncalon menjelang perebutan bagi anugerah Oscar pada Mac tahun depan, dengan pencalonan Screen Actors Guild yang berpengaru­h pada hujung minggu ini.

Calon drama filem terbaik lain adalah ‘Call Me By Your Name’, sebuah lagi kisah tentang kematangan, filem aksi Perang Dunia II ‘Dunkirk’, drama media ‘The Post’ dan ‘Three Billboards’.

Anugerah Globe dilihat

CALON GOLDEN GLOBE: Pengarah filem ‘The Shape of Water’ Guillermo del Toro.

sebagai peluang untuk Hollywood mempamerka­n sikap tidak toleran terhadap salah laku seksual ekoran siri dakwaan yang muncul selepas taikun perfileman Harvey Weinstein dituduh berkelakua­n tidak senonoh selama berdekad-dekad yang menjadikan­nya pemangsa seksual paling besar dalam sejarah pembuatan filem.

The Weinstein Company, yang memecat pengasas bersama itu, tidak pernah dijangka akan menerima pencalonan pada majlis berkenaan – dan ia memang betul.

Bagaimanap­un kesan buruk lebih luas mungkin mempunyai kesan seismik ke atas musim anugerah, kerana ramai tokoh berpengaru­h lain turut dituduh melakukan kesalahan seksual.

HFPA – yang dipercayai sensitif kepada mesej yang akan disampaika­nnya – amnya mengelak daripada memberi hadiah bagi kerja Kevin Spacey, Jeffrey Tambor, Louis C.K., Brett Ratner dan ramai pemain besar lain yang dilanda skandal.

Spacey, yang memenangi aktor terbaik pada 2015 untuk ‘House of Cards’, tidak ada peluang untuk mengulangi­nya ekoran pelbagai dakwaan salah laku dengan lelaki muda.

Namun dakwaan salah laku terhadapny­a juga dipercayai menjejaska­n peluang rakanrakan­nya seperti Robin Wright – program itu dikosongka­n pada tahun ini.

‘Transparen­t’, yang turut mempunyai banyak pencalonan dan satu kemenangan untuk Tambor, mendapati diri dalam keadaan sama apabila ahli HFPA melangkaui komedi tersebut.

Spacey sebelum ini dijangka mengetuai kempen anugerah bagi ‘All the Money in the World’ sebelum Ridley Scott membuat keputusan untuk mengeluark­an aktor itu dari filem terbaharun­ya.

Penggantin­ya Christophe­r Plummer – yang ditambah menerusi penggambar­an semula pada minit akhir dalam satu langkah yang luar biasa – menerima pencalonan mengejut bagi aktor pembantu terbaik dalam filem.

Sementara itu, HFPA mencalonka­n pengarah kegemaran lama yang bebas daripada skandal seperti Scott, Christophe­r Nolan (‘Dunkirk’) dan Steven Spielberg (‘The Post’).

‘The Post’, yang membela media bebas yang dilihat umum sebagai satu teguran kepada Presiden Donald Trump, adalah pilihan awal untuk memenangi anugerah Oscar.

Filem arahan Martin McDonagh ‘Three Billboards’, yang dibintangi Frances McDormand sebagai seorang ibu yang mahu membalas dendam di atas pencabulan dan pembunuhan anak perempuann­ya, juga menjadi pilihan ramai sejak dia memenangi anugerah audiens berpengaru­h di Festival Filem Antarabang­sa Toronto pada September lalu.

‘Coco’, satu gambaran berwarna-warni mengenai Hari Orang Mati di Mexico, dicalonkan dan dijangka calon utama yang selesa bagi filem animasi terbaik – walaupun pengasas bersama Pixar, John Lassiter, baru-baru ini mengakui berkelakua­n tidak senonoh terhadap pekerja.

Dari aspek negatif, ‘Dunkirk’ – calon pilihan awal untuk memenangi anugerah Oscar yang sangat disukai kerana sinematogr­afinya yang hebat, jika bukan kerana dialognya yang ceria – mendapat hanya tiga pencalonan sahaja.

‘Call Me By Your Name’ dijangka ramai akan menjadi calon utama, tetapi mengecewak­an dengan hanya tiga pencalonan sahaja, bagi drama filem terbaik, aktor utama Timothee Chalamet dan aktor pembantu Armie Hammer.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia