Utusan Borneo (Sabah)

Harga petrol RON95 lebih rendah sejak mekanisme mingguan dilaksana

-

KUALA LUMPUR: Dewan Negara diberitahu pada Khamis bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan merupakan mekanisme yang memberi kesan segera dan adil kepada pengguna serta industri,

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong berkata sejak pelaksanaa­nnya pada Mac lepas dengan pengumuman harga dibuat pada setiap Rabu, harga jualan runcit petrol RON95 lebih rendah sebanyak RM0.05.

Kenaikan harga jualan petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruha­n kenaikan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai keseluruha­n penurunan sebanyak RM0.87.

“Penetapan secara harga mingguan melibatkan perubahan harga yang lebih pendek iaitu tujuh hari dan harga runcit ditetapkan adalah lebih hampir kepada kos petroleum berkenaan,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Megat Zulkarnain bertanya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an sama adat mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan berkesan terhadap pengguna sedangkan perbanding­an harga menyaksika­n lebih banyak kenaikan daripada penurunan.

Dalampadai­tu,Henryberka­ta cadangan untuk memberikan subsidi bagi harga minyak petrol dan diesel secara pukal perlu diteliti implikasin­ya agar bantuan diberikan kerajaan itu benar-benar membantu mereka yang memerlukan.

“Penduduk Malaysia menggunaka­n hampir dua bilion liter petrol dan diesel sebulan. Sekiranya subsidi 50 sen diberikan bagi setiap liter, kerajaan akan menanggung belanja RM1 bilion sebulan atau RM12 bilion setahun.

“Namun, perlu diingat bahawa penggunaan petrol dan diesel oleh setiap orang adalah berbeza, misalnya mereka yang berkemampu­an menggunaka­n kereta besar sekali isi petrol mungkin mencecah 30 liter dengan subsidi RM15, manakala mereka yang menaiki motor mungkin hanya menggunaka­n 30 liter sebulan,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia