Utusan Borneo (Sabah)

Keningau juara bola jaring SAGA

Menang tipis 47-46 kepada pasukan Lahad Datu

-

Disiplin dan komitmen yang tinggi dalam para pemain, selain sokongan ibu bapa pemain serta pengurusan pasukan merupakan kunci kami.” kejayaan

JUVITA SOUMIN Pengurus dan jurulatih Keningau

SANDAKAN: Pasukan Keningau muncul juara bola jaring Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berakhir pada Rabu di Dewan Seraya Kuning Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Steptens (TMFS) Sandakan. Keningau yang dibimbing pengurus dan jurulatih berSANDAKA­N: pengalaman, Juvita Soumin dan Halleinah Tuanggaak bagaimanap­un berdepan detik amat mendebarka­n apabila menang tipis dengan jaringan 47 – 46 ke atas pasukan Lahad Datu.

Tempat ketiga disandang pasukan Kota Belud yang menewaskan pasukan Tongod 58 – 40 dalam perlawanan penentuan bagi merebut tempat ketiga (gangsa).

Terdahulu, Keningau mara ke final selepas menewaskan Tongod, manakala Lahad Datu mengenepik­an Kota Belud pada saingan di peringkat separuh akhir.

Mengulas kemenangan itu, Juvita bersyukur kerana para pemainnya berjaya menyerap asakan dan tekanan pasukan lawan, sekali gus membutirka­n pingat untuk menambah koleksi emas kontinjen Keningau untuk terus berada di puncak carta kutipan pingat SAGA Ke-8, 2017.

“Disiplin dan komitmen yang tinggi dalam para pemain, selain sokongan ibu bapa pemain serta pengurusan pasukan merupakan kunci kejayaan kami,” katanya sambil menyatakan pasukannya hanya dapat menjalani latihan pusat selama empat hari sahaja sebelum berangkat ke Sandakan.

“Impian kami tercapai untuk merampas kembali kejuaraan yang dimenangi apda tahun 2011 dan 2013 dalam Sukan Sabah,” ujarnya.

Pasukan Lahad Datu dibimbing jurulatih, Dayang Nurlaila Nadira Ag Jumaat dan pengurus pasukan Neryanawat­i Naisen.

Tujuh pasukan mengambil bahagian dalam acara bola jaring SAGA kali ini termasukla­h pasukan Ranau, Penampang dan tuan rumah Sandakan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut.

Hadir sama ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin dan Setiausaha Sabana yang juga Ketua Deligat Teknikal Bola Jaring SAGA 2017, Hazlyn Liaw.

 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diiringi Terrance Pudin.
MASIUNG menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diiringi Terrance Pudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia