Utusan Borneo (Sabah)

Tuaran Youth Athletic cetus semangat kesukanan kalangan belia

-

TUARAN: Tuaran Youth Athletic yang aktif melakukan senaman fizikal ‘crossfit’ mendapat suntikan semangat apabila menerima kunjungan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Tamparuli dan Tuaran di Gym Sokid Functional Training Centre, di sini, Selasa.

Tuaran Youth Athletic merupakan kumpulan belia merangkumi peserta berumur lapan hingga 15 tahun diasaskan oleh jurulatih Victor Suon Orow dan Josephine yang menerapkan aktiviti kesukanan dan kecergasan fizikal sebagai objektif utama penubuhan.

“Tuaran Youth Athletic ditubuhkan dengan dana sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Program kesihatan dan kecergasan yang dijalankan juga akan memberikan impak positif kepada ahli kumpulan,” kata Victor.

Calon PKR bagi kawasan N.09 Tamparuli dan P.170 Tuaran, Chrisnadia Sinam yang turut serta dalam kunjungan berkenaan berkata, aktiviti kesukanan penting untuk membina jati diri selain meningkatk­an lagi minat dalam sukan di kalangan belia.

“Anak muda ialah pelapis bidang sukan di masa akan datang. Amat penting kumpulan seperti Tuaran Youth Athletic ini ditubuhkan bagi memupuk minat belia dalam aktiviti fizikal,” katanya.

Chrisnadia turut memberikan sumbangan kewangan kepada Tuaran Youth Athletic dalam kunjungan berkenaan.

Sementara itu pemilik Gym Sokid, Claroy merakamkan penghargaa­n kepada PKR bahagian Tamparuli dan Tuaran atas kunjungan dan sokongan pembanguna­n sukan dan aktiviti kecergasan.

“Gym Sokid merupakan pusat latihan kecergasan yang memiliki kelengkapa­n aktiviti ‘crossfit’ terbuka untuk orang ramai.

“Bilangan keahlian Gym Sokid setakat ini sebanyak 120 orang dan 85 orang yang aktif melakukan latihan kecergasan sepenuh masa. Kebanyakan­nya ahli berumur lingkungan 50 tahun ke bawah.

“Oleh itu tiada halangan untuk kita melakukan senaman fizikal kerana aktiviti kesukanan tidak terbatas kepada individu-individu muda sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia