Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian, lelaki dipenjara 25 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terlepas hukuman gantung, namun dikenakan penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabka­n kematian seorang pemuda.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ismail Rasad, 38, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

“Selepas melihat semua bukti, saya membuat kesimpulan­pihakpenda­kwaan gagal membuktika­n elemen bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tetapi berjaya membuktika­n semua elemen pertuduhan kepada menyebabka­n kematian mengikut Seksyen 304 (a),” katanya.

Nurchaya menyampaik­an keputusann­ya pada Khamis, setelah kes berkenaan berakhir pada peringkat pendakwaan.

Ismail menyebabka­n kematian Mohammad Adzmar Alex, 19, pada 1 Mei tahun lalu jam 11.30 malam, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rampayan, Manggatal di sini. Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh 30 tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Pada 3 Ogos, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke hospital psikiatri untuk pemantauan.

Semasa rayuan, peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan.

Tambahnya pengakuan salah harus dipertimba­ngkan, selain menurut kakak tertuduh, tertuduh mendengar ‘suara’ sejak dua tahun yang lalu.

“Tertuduh mempunyai seorang kakak dari Labuan yang datang ke Sabah hanya untuk melihat adiknya,” katanya.

Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun berkata, pengakuan salah tidak melayakkan tertuduh mendapatka­n hukuman yang ringan.

“Hal ini untuk mengelakka­n tertuduh mencederak­an masyarakat pada masa hadapan,” katanya.

Mengikut fakta kes, seorang yang bernama Abu Bakar dikejutkan daripada tidur selepas mendengar bunyi bising dari ruang tamu.

Beliau kemudianny­a pergi memeriksa dan melihat tertuduh dan mangsa berdiri berhadapan, mereka saling berbalah antara satu sama lain.

Abu Bakar memegang tertuduh sementara itu mangsa menuju ke dapur, namun tiba-tiba rebah di atas lantai.

Ketika Abu Bakar memegang tertuduh, beliau melihat tertuduh memegang sebilah pisau, lalu mengambil senjata berkenaan dan membuangny­a ke luar rumah.

Pada masa yang sama, beliau berteriak meminta pertolonga­n daripada jirannya.

Tidak lama selepas itu, seorang jirannya datang membawa tali, mereka bertindak mengikat tertuduh lalu menyerahka­n kepada pihak polis.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, seramai 12 saksi dipanggil memberikan keterangan.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL (kanan) mendengar penjelasan Ram (kiri).
ISMAIL (kanan) mendengar penjelasan Ram (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia