Utusan Borneo (Sabah)

Erwan, Marlin lebur rekod 1,500m

-

SANDAKAN: Sesi petang acara balapan SAGA VIII 2017 pada Khamis disudahi dengan dua rekod baharu menerusi Mohd Erwan Amir Hamja dan Marlin Hing William pada final 1,500m lelaki dan wanita.

Dalam acara lelaki, atlet tuan rumahSanda­kan,MohdErwan, 17, mencatat rekod baharu 4:21.88s memadamkan rekod lama 4:22.51s milik Muhd Eussofrey Hanis (Keningau) pada 2015.

Pingat perak dimenangi Muhd Ikmal Sudin (Ranau) dengan catatan 4:23.05s manakala gangsa dimenangi Refson Tirip(Kota Marudu) dengan catatan 4:26,23s.

Ia adalah kemenangan bermakna buat Erwan selepas gagal memenangi sebarang pingat pada dua SAGA sebelum ini.

Lebih manis lagi, ianya adalah pingat emas kedua dan rekod baharu kejohanan keduanya selepas turut melakukann­ya dalam acara 800m di mana dia mencatat 1:59.9s memadamkan rekod lama 2:01.59s.

“Sasaran saya seterusnya adalah mewakili Sabah ke SUKMA (Sukan Malaysia) Perak tahun depan,” kata Erwan yang menjalani latihan di SMK Lohan Ranau.

Marlin (Pitas) yang meleburkan rekod lama 1,500m wanita pada separuh akhir memperbaha­ruinya lagi pada final dengan catatan 5:10.59s.

Pada separuh akhir, Marlin mencatat51:16.42smelebur­kan rekod lama 5:19.41s milik Salesnella Gabi yang dicatatkan pada SAGA 2013.

Ia juga pingat emas kedua Marlin selepas turut merangkul emas acara 3,000m.

“Saya tidak jangka menang apa lagi catat ekod baharu. Saya hanya cuba yang terbaik dan bersyukur ia menghasilk­an emas,” kata Marlin yang turut berlatih di SMK Lohan Ranau.

“Saya juga sasar untuk mewakili Sabah ke SUKMA tahun depan,” katanya yang juga anggota kuartet 4x400m Pitas.

 ??  ??
 ??  ?? PENCIPTA rekod baharu 1,500m lelaki dan wanita, Mohd Erwan (kiri) dan Marlin.
PENCIPTA rekod baharu 1,500m lelaki dan wanita, Mohd Erwan (kiri) dan Marlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia