Utusan Borneo (Sabah)

Pagisa sokong pendirian Malaysia mengenai isu Baitulmaqd­is

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA BELUD: Persatuan Graduan Iranun Sabah (Pagisa) menyokong pendirian Malaysia dan Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang sebulat suara mengiktira­f Timur Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin.

Presiden Pagisa Razak Haji Rakunman (gambar) turut mengutuk dan menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Trump adalah satu langkah buruk dan mendatangk­an impak negatif dalam usaha pihak antarabang­sa untuk meneruskan usaha damai antara Palestin dan Israel.

“Tindakan Trump itu adalah bertentang­an dengan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) mengenai Baitulmaqd­is.

“Selain itu, ia juga akan menyebabka­n sentimen anti Amerika meningkat di seluruh dunia dan pasti menggagalk­an usaha untuk mencipta iklim dunia yang aman, harmoni dan damai,” katanya.

Razak juga menyokong gesaanPerd­anaMenteri­Datuk Seri Najib Tun Razak kepada OIC agar bersatu dan senada bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.

Beliau berkata, semua pihak haruslah mengetepik­an perbezaan fahaman politik sebaliknya bersatu dalam menolak langkah mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Razak menyeru semua lapisanrak­yatagarmen­yokong keputusan kerajaan dan pendirian Malaysia mengenai Isu Baitulmaqd­is itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia