Utusan Borneo (Sabah)

ATQNS rasmi pembukaan ATQD

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Akademi Tahsin QuranNeger­iSabah(ATQNS) telah mengadakan majlis perasmian pembukaan kelas tetap Akademi Tahsin Quran Daerah Tawau (ATQDT) yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hjh Hamisah Samat, di sini pada Ahad. Pengarah ATQNS Hj Razman Hj Asmat berkata, perancanga­n untuk menubuhkan pusat pengajian ATQNS telah dirancang 10 tahun yang lalu dan pelbagai rintangan telah ditempuhi selama proses pengajian dilaksanak­an tanpa kelulusan pendaftara­n pertubuhan ATQNS.

“Setelah dua tahun mendapat kelulusan pendaftara­n pertubuhan, ATQNS telah mengorak langkah lebih drastik dan sehingga kini ATQNS telah mendidik lebih 1,193 pelajar pelbagai peringkat umur dengan mempunyai2­0guruberta­uliah di seluruh Sabah. “Dengan moto ‘Satu akademi satu keluarga’, ATQNS akan melebarkan sayapnya dengan pembukaan kelas di daerah Semporna,” katanya. Tambahnya, pihak kerajaan negeritela­hbanyakmem­bantu dan yang terbaharu ATQNS telah menerima 2 ekar tanah di daerah Kinabatang­an untuk dijadikan pusat kegiatan ATQNS.

Hamisah yang juga penasihat I ATQDT dalam ucapan perasmiann­ya mengucapka­n tahniah kepada ATQNS kerana berjaya menubuhkan cawanganny­a di daerah ini dan percaya pelajar akan dapat menimba ilmu yang kekal abadi sebagai bekalan di akhirat kelak. “Seperti yang diketahui, ATQNS memberi pengajian al-Quran dengan memperbaik­i, memperhalu­si seni bacaan terhadap makhraj huruf dan sistem belajar hanya hujung minggu sahaja. Ini sudah tentu membuka ruang bagi masyarakat di daerah ini untuk terus mendapatka­n ilmu pada masa cuti. “Pihak kerajaan telah banyak meningkat taraf hidup rakyat di luar bandar, namun tugas kerajaan tidak hanya tertumpu pada masalah itu sahaja, kerajaan juga memainkan peranan dalam pembanguna­n ilmu agama Islam,” katanya. Beliauyang­jugaAdunTa­njung Batu menyambut baik usaha dan perjuangan ATQNS untuk melahirkan generasi baharu yang terus mencintai dan memartabat­kan al-Quran seterusnya menyeru kepada semua yang hadir untuk bersama-sama mendokan ATQNS terus maju dan berkembang.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n Haflah oleh pelajar ATQDT yang telah dipimpin pengerusin­ya Ustazah Hjh Siti Hatijah Marsuki.

 ??  ?? KENANGAN: Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Watikah Selempang Pertubuhan Kebajikan Amal Anak-anak Sabah (PERKAAS) dirasmikan `Ayahanda’ Mansur Syah Sidi dalam satu majlis di ibu negeri baru-baru ini. Pertubuhan Kebajikan Amal Anak Anak Sabah adalah...
KENANGAN: Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Watikah Selempang Pertubuhan Kebajikan Amal Anak-anak Sabah (PERKAAS) dirasmikan `Ayahanda’ Mansur Syah Sidi dalam satu majlis di ibu negeri baru-baru ini. Pertubuhan Kebajikan Amal Anak Anak Sabah adalah...
 ??  ?? RAZMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hamisah.
RAZMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hamisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia