Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan Islam disaran ikuti kursus pra perkahwina­n

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Setiap pasangan Islam yang berhasrat mendirikan rumah tangga disaran untuk mengikuti kursus pra perkahwina­n sebelum diijabkabu­lkan sebagai pasangan suami isteri yang sah, sekaligus membina institusi keluarga yang sakina.

Jurunikah bertauliah Mukim Randagong, Ustaz Satimin Saimin berkata selain menyertai kursus pra perkahwina­n pasangan juga perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan melengkapk­an borang tertentu yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bagi melancarka­n sesuatu majlis pernikahan mengikut syariat Islam.

Menurut beliau, sering didapati berlaku keretakan keluarga sehingga menyebabka­n perceraian oleh kerana pasangan suami isteri kurang pengetahua­n dari segi pendidikan agama, kesihatan fizikal dan mental serta jahil dari segi hukumhakam pengurusan keluarga dalam Islam.

“Justeru, para ibu bapa punya peranan penting dalam soal ini demi kebahagian keluarga anak masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga,” katanya sebelum mengijabka­bulkan pasangan Ahmad Fadzlee Haji Donal, 25, seorang pendidik dari Semporna dan Norsafwati Jainudin, 25, dari Kg Paka Jaya, di sini.

Majlis perkahwina­n yang berlangsun­g di rumah kediaman pengantin perempuan pada Sabtu itu telah dihadiri lebih seribu tetamu jemputan serta ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai kedua-kedua mempelai.

Antarakena­maanyangha­dir ialah Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, mantan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Othman Minudin dan isteri Datin Dr Lungkiam Dambul serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Ahmad Fadzlee dan Norfawati ketika ditemui merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kepada keluarga kerana menjayakan majlis perkahwina­n mereka dengan meriah.

“Kami juga berterima kasih kepada saudara-mara serta para tetamu yang hadir memeriahka­n suasana majlis kami,” kata Norsafwati yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Wanita

 ??  ?? FAIMIN (kiri) turut merenjis air mawar kepada kedua-dua mempelai.
FAIMIN (kiri) turut merenjis air mawar kepada kedua-dua mempelai.
 ??  ?? FARHAN (kiri) ketika merenjis air mawar kepada kedua-dua mempelai.
FARHAN (kiri) ketika merenjis air mawar kepada kedua-dua mempelai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia