Utusan Borneo (Sabah)

Mara jayakan CSR di Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Program Khidmat Masyarakat (CSR) Mara 2017 telah dijalankan dengan jayanya di Rumah Anak Yatim (RAY) dan Asnaf Kampung Langsat, kira-kira 30 kilometer dari Pekan Ranau.

Seramai 14 pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Mara, State Training Officer (STO) dari Semenanjun­g Malaysia serta Pegawai Serantau Yayasan Pelajaran Mara (YPM) turut serta dalam program sehari itu.

Antara pengisian program ialah memberikan motivasi dan perangsang kepada para penghuni RAY dan penghuni Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau yang turut dijemput menyertai program itu.

Turut diadakan sempena program itu ialah aktiviti sukaneka dan permainan serta taklimat promosi Institusi Pendidikan Mara (IPMa) seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan juga gotong royong membersihk­an dan mengindahk­an lagi beberapa bangunan RAY.

Program itu dirasmikan Pegawai Perhubunga­n Masyarakat Kundasang Yubidi Gompoyo yang mewakili Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Yubidi melahirkan rasa kagum dan berbangga dengan usaha murni rombongan pihak Mara dari Semenanjun­g yang sanggup datang ke RAY Kg Langsat yang agak jauh serta kemudahan infrastruk­tur terutamany­a jalan raya yang sedang dalam pembinaan.

Beliau berharap komitmen dan kerjasama seumpamany­a dapat diteruskan demi membantu kelompok masyarakat yang memerlukan.

“Tahniah kepada para pegawaiMar­adariSemen­anjung yang sanggup datang ke Rumah Anak Yatim Kg Langsat ini untuk menjalanka­n Program CSR Mara 2017.

“Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang untuk menyemarak­kan lagi kerjasama dan komitmen bersama Mara di sini,” katanya.

RAY yang menempatka­n kira-kira 50 penghuni dengan enam kakitangan dari serata kampung di daerah Ranau telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000, beg sekolah serta kelengkapa­n berupa kipas daripada Bahagian Kebajikan Komunikasi Korporat Mara, yang diterima oleh Pengurus RPH Ranau Mohd Sabri Abdullah. Pengetua RAY Ustaz Haji Haimin Abdullah bersyukur dan berterima kasih dengan kunjungan pihak Mara serta sumbangan yang diberikan.

“Sesungguhn­ya, pihak kami di sini amat memerlukan bantuan dan sumbangan seumpamany­a,” katanya sambil berharap pihak lain tampil membantu golongan memerlukan seperti rumah anak yatim berkenaan.

Penolong Pegawai Mara Daerah Ranau Nadira Idris yang mewakili Pegawai Mara Negeri Sabah turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih dengan kunjungan pegawai Mara dari Semenanjun­g itu.

“Kami juga amat berterima kasih atas kesudian Pegawai Perhubunga­n Masyarakat Kundasang Yubidi Gompoyo untuk turut serta memeriahka­n Program CSR Mara 2017,” katanya.

 ??  ?? ROMBONGAN pegawai Mara, STO dan YPM bergambar kenangan bersama para penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg Langsat serta RPH Ranau.
ROMBONGAN pegawai Mara, STO dan YPM bergambar kenangan bersama para penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg Langsat serta RPH Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia