Utusan Borneo (Sabah)

Beri peluang anak tempatan jadi calon

-

KOTA MARUDU: Ketika Pilihan Raya Umum Ke14 kemungkina­n besar diadakan pada bila-bila masa tahun depan, golongan akar umbi meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memberikan peluang kepada anak tempatan untuk bertanding mewakili kawasan mereka masing-masing.

Seorang pemimpin masyarakat di Koromoko, Masidar Landai (gambar) berkata sudah tiba masanya anak tempatan yang berkelayak­an diberikan laluan untuk bertanding kerusi BN bagi kawasan Parlimen Kota Marudu dan DUN Tandek dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga optimis dengan komitmen Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili yang pernah mengatakan bahawa beliau sedia memberikan laluan kepada anak tempatan untuk bertanding sekiranya terdapat calon yang boleh diketengah­kan.

Menurut beliau, Maximus membuat kenyataan itu dalam kempen-kempen pilihan raya di Kota Marudu yang lalu, malah sebelum itu lagi.

“Olehkerana­kiniramaia­nak tempatan yang berwibawa dan mampu menang jika dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang maka, sudah sampai masanya pucuk pimpinan memberikan keutamaan kepada mereka untuk bertanding.

“Rakyat kini menagih janji Dr Maximus untuk memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk dicalonkan dalam PRU-14,” katanya kepada Utusan Borneo.

Bagaimanap­un, Masidar tidak menyebut nama yang spesifik untuk dicalonkan, beliau yakin pucuk pimpinan BN lebih tahu calon yang berpotensi untuk diletakkan di kawasan itu.

Sebagai rekod, Parlimen Kota Marudu kini diwakili oleh Maximus dari PBS manakala DUN Tandek diwakili oleh Datuk Anita Baranting (PBS). Sebuah lagi kawasan DUN iaitu Matunggong kini diwakili Datuk Jelani Hamdan, seorang Adun mesra BN.

Antara sebab yang diberikan oleh Masidar mengapa calon tempatan lebih wajar dicalonkan ialah mereka lebih memahami aspirasi masyarakat dan sudah pasti boleh memikirkan manamana perkara yang perlu diutamakan demi kepentinga­n rakyat.

Beliau berharap permintaan rakyat di peringkat akar umbi diberi pertimbang­an oleh pucuk pimpinan BN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia