Utusan Borneo (Sabah)

Pembaikan rumah di Sook, dakwaan DAP tidak berasas

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup menyifatka­n dakwaan parti DAP berhubung pembaikan rumah di kawasan Parlimen Pensiangan terutama sekali di Sook adalah tidak berasas.

Katanya, mereka hanya melihat masa pembaikan rumah itu dijalankan dan belum siap sepenuhnya.

“Mewar-warkan setelah hanya melihat sedikit sahaja kerja membaik pulih rumah itu bukanlah sesuatu yang baik. Sebenarnya, ketika mereka pergi melihat rumah itu, ia masih lagi dalam pelaksanaa­n,” katanya selepas melawat pembaikan rumah di empat kampung di Sook pada Sabtu.

Pembaikan rumah di Parlimen Pensiangan kepada penduduk di bawah kategori e-Kasih adalah di bawah Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri sementara kerja pembaikan dilakukan melalui gotong royong dan diselarask­an oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kampung berkenaan.

Sebanyak lapan rumah yang sedang dan telah diperbaiki masing-masing di Kampung Mapila, Kuala Biah, Mempulut dan Ansip dalam kawasan Sook.

Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kelewatan berlaku atas sebab perkakas untuk pembaikan rumah itu tidak datang sekali gus.

Lawatan beliau bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri ke rumah-rumah berkenaan amat memuaskan hati terutama sekali kerja pembaikan yang dilakukan secara gotong royong oleh KRT.

Kebiasaann­ya, beliau turun ke padang sendiri untuk melihat kerja membaik pulih itu supaya peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan betul-betul sampai kepada sasarannya.

Menurut beliau, pemilik rumah sendiri berpuashat­i dengan kerja pembaikan dan mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan.

Dalam pada itu, hanya di Kg Mapila dan Kg Kuala Biah yang belum lagi mempunyai KRT telah melakukan kerja itu dengan bergotong royong bersama para peserta dan rakan pemilik rumah.

“Ini bagi mempastika­n semua peruntukan yang disediakan itu digunakan dengan sebaiknya,” jelasnya.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an bantuan berupa barangan makanan kepada Mansiang Ampalus selepas melawat rumahnya yang telah diperbaiki.
KURUP menyampaik­an bantuan berupa barangan makanan kepada Mansiang Ampalus selepas melawat rumahnya yang telah diperbaiki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia