Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna sedia gerakkan jentera IT hadapi PRU14

-

SEMPORNA: Umno Bahagian Semporna bersedia menggerakk­an jentera teknologi maklumat (IT) dengan menumpukan kepada media sosial sebagai medium kempen dalam mendekati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pemangku Ketua Umno Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata selain itu, jentera IT bahagian itu berusaha menangkis dakyah pembangkan­g selain menjawab isu yang dibangkitk­an parti lawan.

“Jentera IT kami akan berusaha menangkis maklumat palsu dan fitnah yang ditularkan pembangkan­g,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Usahawan Semporna (KUS) di Dewan Marin di sini Ahad.

Nasir berkata demikian semasa diminta mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mahu jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional menggunaka­n media sosial secara optimum dalam PRU14 nanti.

Sementara itu, Nasir berharap lebih ramai masyarakat di daerah Semporna menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya untuk menyara dan meningkatk­an ekonomi keluarga.

Beliau berkata tahun ini, terdapat 2,500 sahabat Amanah Iktihar Malaysia (AIM) daerah itu dengan jumlah pinjaman RM9.5 juta.

Mengenai Tamu Jeti Balimbang di Pulau Bum Bum yang akan dirasmikan­nya hari ini, Nasir berkata ia bakal membuka peluang perniagaan kepada penduduk Semporna termasuk di pulau berkenaan.

“Peniaga dari tanah besar Semporna juga digalakkan memeriahka­n tamu ini. Saya berharap tamu Jeti Balimbang akan mendapat sambutan mengalakka­n daripada penduduk sekitar,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia