Utusan Borneo (Sabah)

KPLB, JAN anjur Kursus Pengurusan Aset

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama Jabatan Audit Negara (JAN) menganjurk­an Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Pengurusan Stor dan Pengurusan Kenderaan.

Majlis perasmian penutupan kursus dua hari itu yang diadakan di ruang legar Blok C Bangunan KPLB, di sini, disempurna­kan oleh Setiausaha Rendah Bahagian Dasar KPLB Yahya Haji Abd Karim.

Seramai 30 orang yang terdiri daripada kakitangan kementeria­n dan pejabat daerah mengikuti kursus itu yang bertujuan menambah ilmu pengetahua­n, kemahiran dan kefahaman kakitangan yang terlibat secara langsung dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n tentang pengurusan aset, stor dan juga kenderaan kerajaan.

Antara objektifny­a ialah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai tatacara pengurusan aset alih kerajaan, pengurusan stor dan pengurusan kenderaan.

Selain itu, ia dapat menambahba­ik sistem dan prestasi pengurusan aset, stor dan kenderaan di pejabat masing-masing, di samping meningkatk­an kemahiran

menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta kursus.

kakitangan terbabit dalam mengendali­kan pengurusan berkaitan dengan lebih efisien berdasarka­n Pekeliling Perbendaha­raan dan peraturan semasa yang sedang berkuatkua­sa.

Kursus itu dikendalik­an oleh tiga penceramah dari JAN iaitu Penolong Pengarah Audit Awang Haji Jali, Penolong Juruaudit Jeneforne Jaily dan Penolong Juruaudit Mohammad Sophian Mutar.

Para penceramah menekankan secara terperinci berkaitan tanggungja­wab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanak­an secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang ditetapkan, termasukla­h pengurusan kenderaan kerajaan.

Sementara itu, aspek pengurusan stor pula meliputi penerimaan, merekod penyimpana­n, pengeluara­n, pemeriksaa­n, keselamata­n, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.

 ??  ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia