Utusan Borneo (Sabah)

Perluas jalinan kerjasama teroka latihan bersesuaia­n

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pusat latihan swasta perlu memperluas­kan lagi jalinan kerjasama bagi menerokai lebih banyak latihan bersesuaia­n serta berpotensi untuk pasaran pekerjaan.

Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Cyberjaya Mohamad Yaacob berkata, Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) umpamanya telah banyak membantu dalam melahirkan belia berkemahir­an.

“Sejak tahun 2006 sehingga kini, seramai 1,300 graduan telah dilahirkan AJKK dalam bidang jahitan.

“Pada sesi graduasi kali ke-2 ini, AJKK berjaya melahirkan sejumlah 116 graduan dari bidang jahitan dan kimpalan,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesye­n AJKK 2017 kali ke-2, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kerjasama yang diadakan itu sangat bersesuaia­n dan boleh dijadikan platform mencari pekerjaan kepada belia Sabah.

Katanya, usaha AJKK untuk menjadikan akademi itu sebagai salah satu institusi pengeluar produk jahitan berasaskan fabrik iaitu seni rekaan batik moden yang diserapkan pada rekaan pakaiansem­asaturutdi­sambut baik oleh kerajaan.

“Usaha ini dilihat mampu memupuk semangat cintakan seni warisan negeri dalam kalangan pelajar.

“Saya yakin batik moden yang dihasilkan oleh pelajar di sini akan diterima baik oleh masyarakat seperti mana penghasila­n produk fabrik yang lain dalam negara ini.

“Saya turut dimaklumka­n bahawa akademi ini dijemput khas mewakili Sabah pada Malaysia Fashion Week di Kuala Lumpur atas tiket menjadi johan pada pertanding­an Sabah Young Designer Challenger kategori kontempora­ri 2017,” katanya.

Mohamad juga berharap para graduan sentiasa menghargai sumbangan dan dorongan ibubapa masing-masing yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh pengajian.

Hadir sama ialah Pengarah AJKK Alicia Lenson serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? MOHAMAD (duduk, lima kanan) dan Alicia (duduk, lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para graduan.
MOHAMAD (duduk, lima kanan) dan Alicia (duduk, lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia