Utusan Borneo (Sabah)

50 ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB lawat Tambunan Membentuk hubungan positif

- Oleh SALMAN ABADI

KELAB Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah mengakhiri takwim tahun 2017 dengan mengadakan aktiviti lawatan ke daerah Tambunan.

Seramai 50 ahli KKR KPLB bersama beberapa kakitangan Pejabat Daerah Tambunan dan ahli keluarga turut serta dalam program lawatan itu.

Rombongan lawatan KKR diketuai Pengerusi Kelab Serbini Jadin yang juga Setiausaha Rendah Bahagian Sosial Ekonomi KPLB.

Serbini berkata, program lawatan itu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan dilaksanak­an oleh KKR KPLB tahun ini dalam usaha mengeratka­n lagi silaturahi­m dan keakraban dalam kalangan ahli.

Katanya, program berkonsepk­an lawatan muhibah secara santai itu juga bertujuan membentuk atau menjalin satu hubungan positif antara kakitangan KPLB dan juga pihak Pejabat Daerah Tambunan.

Selain itu, ia juga merupakan medium perkongsia­n maklumat mengenai pembanguna­n dan pelaksanaa­n pelbagai program pembanguna­n ekonomi dan kesejahter­aan masyarakat yang terdapat di daerah Tambunan.

“Antaranya ialah melihat sendiri pencapaian pelaksanaa­n projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kaingaran, mengenali lebih dekat lagi tentang daerah Tambunan yang banyak tempat menarik dan seterusnya menyokong program Tahun Melawat Tambunan 2017 (TMT17) sebagai ‘Switzerlan­d of the East’,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, lawatan itu dapat memberikan pengetahua­n dan pengalaman baharu kepada para peserta tentang sejarah, fungsi dan peranan sesuatu lokasi yang dilawati dalam konteks pembanguna­n masyarakat, khasnya di kawasan luar bandar.

Sempena program lawatan itu, rombongan KKR melawat ke beberapa tempat menarik dan popular yang memang menjadi tarikan utama pengunjung ke daerah Tambunan.

Antara lokasi dilawati ialah Menara Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point), Batu Gong di Kampung Solilibog, Tugu Peringatan Mat Salleh, Sungai Tagal Kampung Monsorulun­g, Taman Banjaran Crocker dan Air Terjun Mahua.

Selain itu, dalam usaha memberi pendedahan dan mengenali lebih dekat tentang misteri dan sejarah perjuangan pahlawan Sabah menentang penjajah, rombongan turut melawat ke Tugu Peringatan Paduka Mat Salleh serta berkunjung di Kampung Solilibog, lokasi terdapatny­a ‘batu gong’ yang unik dan penuh misteri.

Rombongan ahli KKR turut dibawa melawat dan meninjau Program Mini Estat Sejahtera (Mesej) yang mengusahak­an tanaman getah iaitu salah satu program KPLB di Kampung Kaingaran, Tambunan untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat di luar bandar.

Seorang peserta rombongan, Wan Aidi Mahali berkata program lawatan itu amat baik, bermanfaat dan menyeronok­kan.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Jawatankua­sa Kelab (KKR KPLB) kerana merancang dan merealisas­ikan program lawatan itu yang pelaksanaa­nnya amat berjaya,” katanya sambil berharap lawatan seumpamany­a terus diadakan di lokasi yang lain pula pada masa akan datang.

Katanya, program seumpamany­a bukan sahaja dapat merapatkan lagi jalinan kerjasama dan persefaham­an di bawah bumbung KPLB Sabah, malah para peserta dapat melawat dan ‘melancong’ dalam negeri sendiri, sekali gus menyokong program Tahun Melawat Tambunan 2017 yang diadakan sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB Sabah kerana menganjurk­an program itu dengan memilih daerah Tambunan sebagai lokasi pelaksanaa­nnya.

Turut menyertai rombongan itu ialah Ketua Setiausaha (KPSU) Bahagian PSM Rashid Abdul Harun yang juga pengerusi Jawatankua­sa Ekonomi dalam KKR KPLB.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB bergambar kenangan di hadapan Tugu Peringatan Mat Salleh bersama Serbini (tujuh kanan), Rashid (tengah) dan Wan Aidi (duduk, kiri).
AHLI Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB bergambar kenangan di hadapan Tugu Peringatan Mat Salleh bersama Serbini (tujuh kanan), Rashid (tengah) dan Wan Aidi (duduk, kiri).
 ??  ?? SERBINI (empat kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Thomas (enam kiri) sambil diperhatik­an Rashid (lima kiri).
SERBINI (empat kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Thomas (enam kiri) sambil diperhatik­an Rashid (lima kiri).
 ??  ?? ROMBONGAN ahli KKR turut meninjau Sungai Tagal di Kg Monsorulun­g yang ditagal sebagai usaha mengekalka­n habibat semulajadi ikan sungai.
ROMBONGAN ahli KKR turut meninjau Sungai Tagal di Kg Monsorulun­g yang ditagal sebagai usaha mengekalka­n habibat semulajadi ikan sungai.
 ??  ?? AHLI rombongan KKR teruja dan seronok memerhatik­an ikan yang banyak dan jinak ketika diberikan makanan di Sungai Tagal Kg Monsorulun­g.
AHLI rombongan KKR teruja dan seronok memerhatik­an ikan yang banyak dan jinak ketika diberikan makanan di Sungai Tagal Kg Monsorulun­g.
 ??  ?? SEBAHAGIAN rombongan KKR KPLB mengabadik­an gambar kenangan di hadapan Menara Sinurambi Tambunan yang kian terkenal di daerah itu.
SEBAHAGIAN rombongan KKR KPLB mengabadik­an gambar kenangan di hadapan Menara Sinurambi Tambunan yang kian terkenal di daerah itu.
 ??  ?? SERBINI (tiga kanan) bersama beberapa ahli KKR mencuba batu gong yang unik dan penuh misteri di Kampung Solilibog.
SERBINI (tiga kanan) bersama beberapa ahli KKR mencuba batu gong yang unik dan penuh misteri di Kampung Solilibog.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli rombongan KKR KPLB ketika berada di Kg Solilibog, lokasi batu gong yang unik dan penuh misteri.
SEBAHAGIAN ahli rombongan KKR KPLB ketika berada di Kg Solilibog, lokasi batu gong yang unik dan penuh misteri.
 ??  ?? ROMBONGAN pelawat turut meninjau projek tanaman getah di bawah Program Mesej di Kg Kaingaran.
ROMBONGAN pelawat turut meninjau projek tanaman getah di bawah Program Mesej di Kg Kaingaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia