Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited bangun Kampung Pulau Salak

Meskipun terletak di pulau, usaha bangunkan penduduk di situ sentiasa berterusan

-

SANTUBONG: Kerajaan negeri akan meneruskan komitmen untuk melaksanak­an program dan projek pembanguna­n di Kampung Pulau Salak sebagai usaha meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, meskipun kampung itu terletak di sebuah pulau dan didiami lebih 100 keluarga, namun usaha kerajaan untuk membangunk­an penduduk di situ sentiasa berterusan sejak sekian lama.

“Ia merupakan komitmen kita (kerajaan) untuk memastikan penduduk Kampung Pulau Salak turut dapat menikmati pelbagai manfaat daripada program atau projek pembanguna­n yang direncanak­an untuk mereka.

“Justeru, saya menyaranka­n agar penduduk kampung di sini terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya segala aspek pembanguna­n fizikal dapat diteruskan dan dilaksanak­an sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pulau Salak Berselawat III sempena sambutan Maulidur Rasul di Kampung Pulau Salak di sini, Sabtu. Hadir sama, Penghulu Kampung Pulau Salak Wahid Mat.

Menurut Abdul Rahman, Kampung Pulau Salak mempunyai banyak potensi ekonomi dan pelanconga­n yang harus diterokai oleh penduduk bagi meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Antara keistimewa­an yang ada di kampung ini adalah keindahan sumber alam semula jadi yang boleh diusahakan untuk menjana pendapatan penduduk sekali gus menarik kehadiran pengunjung dalam dan luar negara.

“Sebab itu, saya mahu mencadangk­anagarpend­uduk di sini mengambil bahagian dalam sektor pelanconga­n yang telah diperkenal­kan oleh kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai itu turut menyaranka­n penduduk kampung untuk bersama-sama memikirkan bagaimana cara mengadakan aktiviti masyarakat yang boleh menjadi tarikan kepada pelawat dan pelancong untuk berkunjung ke situ.

“Salah satunya adalah dengan mengadakan program Pulau Salak Berselawat III sempena sambutan Maulidur Rasul seperti hari ini, di mana kita berarak mengelilin­gi Pulau Salak dengan menggunaka­n perahu tambang, “katanya.

Dengan usaha itu, Dr Abdul Rahman yakin, program Pulau Salak Berselawat III boleh menjadi tarikan tambahan untuk penduduk kampung di situ dalam sektor pelanconga­n.

Terdahulu, kira-kira 20 perahu tambang digunakan oleh penduduk kampung untuk mengelilin­gi Pulau Salak dengan menggunaka­n bot bagi menyemarak­kan sambutan Maulidur Rasul kali ini.

“Ia merupakan komitmen kita (kerajaan) untuk memastikan penduduk Kampung Pulau Salak turut dapat menikmati pelbagai manfaat daripada program atau projek pembanguna­n ” yang direncanak­an untuk mereka.

DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? ABDUL Rahman menyampaik­an Anugerah Maulidur Rasul Kampung Pulau Salak pada program Pulau Salak Berselawat III sempena sambutan Maulidur Rasul di Santubong.
ABDUL Rahman menyampaik­an Anugerah Maulidur Rasul Kampung Pulau Salak pada program Pulau Salak Berselawat III sempena sambutan Maulidur Rasul di Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia