Utusan Borneo (Sabah)

Golongan belia perlu bijak tapis maklumat kurang tepat dan palsu

-

SIBU: Golongan belia perlu bijak menapis maklumat kurang tepat dan palsu dalam media sosial yang dikhuatiri boleh mengancam perpaduan belia di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata kewujudan media sosial merupakan ruang pilihan bagi golongan belia meluahkan pandangan dan pendapat.

“Jikamedium­inidigunak­an secara bijak, saya percaya media sosial boleh menjana impak positif melalui ruang interaksi dan memberi peluang kepada golongan belia menzahirka­n buah fikiran dan idea bernas.

“Bagaimanap­un, golongan belia perlu bijak menapis maklumatku­rangtepat,palsu, pembohonga­n, tohmahan dan fitnah yang mengancam perpaduan belia,” katanya pada Program Perpaduan Belia di sini Sabtu.

Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Persekutua­n PersatuanP­ersatuan Tujuh Klan Sarawak itu disertai lebih 100 peserta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Presiden Persekutua­n Persatuan-Persatuan Tujuh Klan Sarawak Chung Bui Kuek serta yang lain.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) itu juga menyeru golongan belia supaya menjadi modal insan berkualiti dan dinamik bagi menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Golongan belia menentukan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial yang kita nikmati kini dapat terus dipelihara dan dipertahan­kan.

“Justeru, adalah penting bagi golongan belia memahami peranan mereka sebagai pemangkin perpaduan dan pendukung semangat kenegaraan,” jelasnya.

Tiong berkata, belia perlu lebih matang dan fokus kepada pembanguna­n negara dan bersatu tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka ialah benteng utama negara menghadapi ancaman.

“Dalam konteks kerajaan, kita sentiasa komited melaksanak­an pelbagai program keusahawan­an dan pembanguna­n memenuhi aspirasi dan keperluan golongan belia.

“Justeru, kerajaan menitikber­atkan pembanguna­n modal insan memastikan pembanguna­n negara berjalan lancar,” ujarnya.

Sempena program itu, belia disaran memanfaat sepenuhnya programpro­gram yang dilaksanak­an.

“Saya berharap program seumpama ini mampu menyuntik patriotism­e dan perpaduan dalam kalangan belia,” katanya.

 ??  ?? DUDUK, dari tujuh kiri: Chung, Tiong dan Hii bersama peserta Program Perpaduan Belia di Sibu Sabtu.
DUDUK, dari tujuh kiri: Chung, Tiong dan Hii bersama peserta Program Perpaduan Belia di Sibu Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia