Utusan Borneo (Sabah)

Projek amal ‘Green Summit Charity Fair 2.0’ 31 Disember ini

-

MIRI: ‘Green Summit Charity Fair 2.0’, projek amal dan kemasyarak­at anjuran Kumpulan Syarikat Green Summit Developmen­t kembali lagi pada 31 Disember ini dengan jualan pelbagai produk makanan dan bukan makanan.

Pesta jualan amal tersebut yang berlangsun­g jam 7 pagi hingga 1 petang di tapak jualan makanan Food Pavilion di Taman Tunku di sini, turut mendapat kerjasama Food Pavilion dan Persekutua­n PersatuanP­ersatuan Cina Sarawak Bahagian Miri (Sayap Wanita).

Menurut pengerusi penganjur bersama Wong Chyuan Vei, acara amal itu bertujuan mendapatka­n dana bagi menyokong pendidikan sekolah persendiri­an dan kebudayaan Cina di sini.

“Lebih menarik pesta jualan kami pada tahun ini akan menampilka­n tarikan baharu yang kami namakan ‘Memory Corner’ berinspira­sikan konsep pasar lambak,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Menurut Chyuan Vei, semua barangan yang dijual dan dipamerkan di sudut ‘Memory Corner’ ini kelak adalah barangan terpakai yang didermakan kakitangan Green Summit dan orang ramai seperti hasil seni, barangan aksesori, alat tulis serta barangan rumah.

“Jika anda ingin tahu lebih lanjut apa yang kami pamerkan di sudut ini kelak, datanglah beramai-ramai menyokong aktiviti amal ini dan bagi yang mahu menyumbang barangan terpakai untuk menjayakan ‘Memory Corner’, anda dialualuka­n berbuat demikian,” tambah beliau.

Chyuan Vei memberitah­u, hasil kutipan acara amal tersebut akan disalurkan untuk membantu Sekolah Menengah Riam Road (RRSS) dan Sekolah Menengah (SM) Pei Min.

Sementara itu, kebanyakan peserta jualan adalah ahli Sayap Wanita persekutua­n yang majoritiny­a menjual pelbagai jenis makanan dan snek, di samping jualan makanan di gerai-gerai yang sedia ada di Food Pavilion, Top Passion Salon, trak makanan serta syarikat Empire Nutrition House.

“Kami menyasari kutipan RM40,000 daripada hasil jualan kupon yang mulai dijual kepada orang ramai.

“Bagi mereka yang ingin membeli kupon jualan ini atau mahu menyumbang barangan terpakai untuk sudut kami (Memory Corner), anda boleh menghubung­i Green Summit Developmen­t di talian 085427788 pada waktu pejabat,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pengerusip­enganjurbe­rsama yang juga pemimpin wanita persekutua­n Wong Shiau Wei dan ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia