Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat kematian hartawan farmaseuti­kal

Dijumpai mati dalam bilik bawah tanah di rumah mereka

-

MONTREAL: Polis mencari klu kelmarin selepas bilionair farmaseuti­kal Barry Sherman dan isterinya Honey dijumpai mati dalam bilik bawah tanah di rumah mereka di Toronto, dalam kejadian yang disyaki adalah kes pembunuhan dan bunuh diri.

Penyiasat masih berada di tempat kejadian pada sebelah petang, sebuah rumah besar dalam kawasan kejiranan di bandar raya terbesar Kanada itu, dan bedah siasat cuba menentukan cara kematian pasangan terbabit.

Polis melabel kematian itu sebagai mencurigak­an selepas mayat dijumpai Jumaat lepas, tetapi menjelaska­n mereka tidak mencari sebarang suspek.

The Toronto Sun dan The Globe and Mail melaporkan kematian pasangan itu, yang dianggap antara orang paling kaya di Kanada dan dikenali sebagai pengutip dana amal, sedang disiasat sebagai kes pembunuhan dan bunuh diri.

The Globe and Mail memetik sumber polis sebagai berkata, mayat Sherman, 75, dan isterinya, 70, dijumpai digantung dari susur sekeliling kolam bilik bawah tanah, dengan teori menyebut pengerusi lembaga Apotex itu membunuh isterinya Honey sebelum menggantun­g mayatnya dan kemudian menggantun­g dirinya di tepi kolam.

Anak-anak pasangan terbabit menolak versi sedemikian tentang kejadian itu.

“Ibu bapa kami sama-sama memiliki semangat untuk hidup serta komitmen kepada keluarga dan komuniti yang sama sekali tidak konsisten dengan khabar angin yang malangnya diedar dalam media berhubung keadaan di sebalik kematian,” menurut kenyataan keluarga.

“Kami terkejut dan

“Ibu bapa kami sama-sama memiliki semangat untuk hidup serta komitmen kepada keluarga dan komuniti yang sama sekali tidak konsisten dengan khabar angin yang malangnya diedar dalam media berhubung ” keadaan di sebalik kematian.

KENYATAAN KELUARGA

berpendapa­t ia tidak bertanggun­gjawab bahawa sumber polis dilaporkan telah memaklumka­n kepada media tentang teori yang sama sekali tidak dipercayai ahli keluarga, kawan mahupun rakan sekerja mereka.”

Mereka menuntut siasatan terperinci, intensif dan objektif, serta menggesa media untuk berhenti membuat laporan sehingga siasatan selesai.

Tiada petanda kejadian itu telah dirancang awal atau pasangan itu mengalami kemurungan.

Pasangan itu merancang untuk mengikuti percutian pada hujung tahun bersama rakan di Florida.

Apotex, yang diasaskan Sherman pada 1974, mengesahka­n kematian itu.

Media tempatan berkata, Sherman tidak kelihatan di pejabat syarikat Khamis lepas.

Syarikat itu, yang mencipta nama dengan menghasilk­an ubat generik, berkembang untuk mengambil lebih 11,000 pekerja di seluruh dunia.

Menurut Forbes, Sherman mempunyai nilai yang dianggarka­n setinggi AS$3.2 bilion (RM13.8 bilion) pada waktu kematianny­a, dan merupakan orang ke-12 terkaya di Kanada.

Media Kanada berkata, pasangan Sherman baru-baru ini menawarkan penjualan rumah mereka dengan harga kira-kira CAD7 juta (RM24.5 juta).

Kematian mereka mencetuska­n luahan simpati golongan elit politik negara.

Perdana Menteri Justin Trudeau berkata, beliau bersedih tentang berita itu dan menyanjung visi dan semangat pasangan itu yang terkenal dengan kedermawan­an mereka.

Mereka amat mengagumka­n, kata Bob Rae, bekas perdana menteri wilayah Ontario, yang meliputi Toronto.

Apotex menyatakan pasangan itu telah membuat sumbangan signifikan kepada universiti,danberkata­yayasan mereka sudah memberi lebih CAD50 juta (RM175 juta) sejak sedekad lalu. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? JURUGAMBAR forensik polis menjalanka­n tugas di perkaranga­n rumah Sherman di Toronto, Ontario kelmarin. Manakala (gambar kecil) Sherman. -
JURUGAMBAR forensik polis menjalanka­n tugas di perkaranga­n rumah Sherman di Toronto, Ontario kelmarin. Manakala (gambar kecil) Sherman. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia