Utusan Borneo (Sabah)

Larangan terma kesihatan awam AS cetus kemarahan

-

WASHINGTON: Laporan tentang tindakan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) untuk melarang penggunaan perkataan seperti ‘janin’, ‘kepelbagai­an’ dan ‘transjanti­na’ dalam dokumen berhubung bajet mencetuska­n kemarahan, kehairanan dan seruan agar keputusan itu ditarik balik kelmarin.

The Washington Post melaporkan Jumaat lepas bahawa penganalis­is dasar diberitahu pada mesyuarat tentang perkataan yang dilarang, yang menurut seorang penganalis­is juga termasuk ‘berasaskan sains’, ‘berasaskan bukti’, ‘mudah terdedah’ dan ‘hak’.

Selepas menghadapi tindak balas yang semakin meningkat, Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia (HHS), yang menyelia CDC, menganggap laporan mengenai larangan ke atas penggunaan perkataan tersebut sebagai gambaran sifat yang salah sama sekali.

“Di antara perkataan yang dilarang untuk digunakan dalam dokumen bajet kerajaan @CDC adalah ‘berasaskan bukti’ dan ‘berasaskan sains’.

“Ini adalah perkataan yang masih dibenarkan, tidak masuk akal,” tulis Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains dalam akaun Twitter.

Timbalan Pengarah Pusat Sains dan Demokrasi Michael Halpern berkata, menangani cabaran kesihatan awam dengan berkesan bermakna bersikap jujur dan terbuka mengenai risiko dan siapa yang menghadapi risiko ini.

“Untukmengh­alangagens­idaripadak­ehilangank­esahihanny­a, Pengarah CDC Fitzgerald mesti bersuara sekarang untuk mengukuhka­n kesepadana­n sains dengan kerja agensi,” Halpern menulis dalam satu tulisan blog.

Perarakan ‘March for Science’, yang menyaksika­n ribuan menunjuk perasaan di Washington dan tempat lain awal tahun ini, meminta keputusan yang dilaporkan itu untuk ditarik balik.

“Kami menyeru kepada pentadbira­n untuk mengetepik­an larangan ini dan kepada wakil kami untuk melindungi hak komuniti saintifik bagi membincang­kan secara terbuka penyelidik­an mereka dan impaknya ke atas dunia kita,” katanya dalam Twitter. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia