Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan ribu bantah Trump di Indonesia

Iktiraf Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel

-

JAKARTA: Puluhan ribu penganut Islam berarak dari masjid utama di ibu negara Indonesia ke sebuah dataran di Jakarta semalam untuk membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbesar di Indonesia sejak langkah kontrovers­i Trump pada awal bulan ini untuk mengubah dasar AS selama berdekad-dekad.

Polis menganggar­kan jumlah yang menyertai rapat umum itu, yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan Muslim, kira-kira 80,000 orang.

Protes itu berjalan dengan aman tetapi barisan polis di belakang kawat duri menjauhkan orang ramai di luar kedutaan AS di Jakarta.

Seorang jurucakap polis berkata, 20,000 anggota polis dan tentera dikerahkan untuk menjaga keselamata­n.

“Kita menggesa semua negara untuk menolak keputusan sehala dan tidak sah Presiden Donald Trump untuk menjadikan Baitulmaqd­is ibu negara Israel,” kata Setiausaha Agung Majlis Ulama Indonesia, Anwar Abbas, kepada hadirin.

“Kita menyeru kepada semua rakyat Indonesia untuk memulaukan produk AS dan Israel di negara ini jika Trump tidak menarik balik tindakanny­a,” kata Abbas,

“Kita menyeru kepada semua rakyat Indonesia untuk memulaukan produk AS dan Israel di negara ini jika Trump tidak menarik ” balik tindakanny­a

ANWAR ABBAS

Setiausaha Agung Majlis Ulama Indonesia

yang membacakan petisyen yang akan diserah kepada duta AS di Indonesia.

Ramai penunjuk perasaan berpakaian serba putih dan mengibarka­n bendera Palestin sambil membawa sepanduk, ada yang

menyebut: “Keamanan, kasih dan bebaskan Palestin”.

Siri protes telah berlaku di Indonesia berhubung isu itu, termasuk beberapa tunjuk perasaan di mana golongan konservati­f membakar bendera AS dan Israel.

Status Baitulmaqd­is, kota suci Muslim, Kristian dan Yahudi, merupakan salah satu halangan terbesar kepada keamanan Israel-Palestin yang berkekalan.

Sektor timur Baitulmaqd­is ditawan Israel dalam perang pada 1967 dan dirampas dalam tindakan yang tidak diiktiraf masyarakat antarabang­sa.

Penduduk Palestin mahu menuntut semula Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu kota negara mereka manakala rejim Israel menegaskan seluruh Baitulmaqd­is adalah ibu negaranya. – Reuters

 ??  ?? PENUNJUK perasaan membawa sepanduk mengecam Trump dan rejim Israel semasa menyertai demonstras­i di Tugu Negara Monas di Jakarta, semalam. - Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan membawa sepanduk mengecam Trump dan rejim Israel semasa menyertai demonstras­i di Tugu Negara Monas di Jakarta, semalam. - Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia