Utusan Borneo (Sabah)

Banjir lumpur jejas selatan Chile

-

SANTIAGO: Banjir lumpur kelmarin menenggela­mi sebuah kampung kecil di selatan Chile dekat sebuah taman negara popular, mengorbank­an lima orang dan menyebabka­n sekurangku­rangnya 15 orang hilang selepas hujan lebat sepanjang malam.

Video yang diambil dari helikopter polis Chile menunjukka­n kawasan besar di bandar terpencil Villa Santa Lucia, dekat Chaiten di Patagonia, tertimbus di bawah lumpur apabila tanah runtuh mengalir ke lembah sungai yang banjir.

Empat warga Chile dan seorang pelancong lelaki dengan nama dan kerakyatan yang belum didedahkan maut dalam banjir lumpur tersebut, kata pihak berkuasa.

Pekerja penyelamat masih mencari sekurang-kurangnya 15 orang di bawah puing.

Banjir lumpur itu turut memusnahka­n sebuah sekolah dan beberapa rumah dan jalan raya, selain sebuah pusat undian sebelum pilihan raya presiden Chile diadakan semalam.

Presiden Michelle Bachelet mengisytih­arkan kawasan tersebut sebagai zon bencana.

“Saya sudah mengarahka­n pekerja penyelamat untuk menggunaka­n semua sumber yang perlu bagi melindungi rakyat Villa Santa Lucia,” katanya dalam media sosial.

Hujan lebih 4.5 inci turun dalam masa 24 jam, kata kementeria­n dalam negeri di negara itu, tetapi keadaan cuaca dijangka bertambah baik kemudian.

Villa Santa Lucia bersempada­n dengan Taman Negara Corcovado di Chile, kawasan pelancong yang popular dengan gunung berapi, sungai dan hutan luas.

Gunung berapi Chaiten yang berdekatan meletus pada 2008, yang memaksa pemindahan ribuan penduduk. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia