Utusan Borneo (Sabah)

Ejen Korea Utara didakwa cuba jual WMD

-

SYDNEY: Seorang ‘ejen setia’ Korea Utara yang berpangkal­an di Sydney telah didakwa atas tuduhan cuba menjual teknologi dan alat misil dalam pasaran gelap untuk meraih pendapatan bagi Pyongyang yang melanggar sekatan antarabang­sa, kata polis Australia semalam.

Warga Australia keturunan Koreaberus­ia59tahuni­tucuba mengatur perjanjian haram menjual senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dapat menjana puluhan juta dolar untuk Korea Utara, kata Polis Persekutua­n Australia (AFP).

Lelaki itu terbabit dalam perbincang­an untuk menubuhkan sebuah kemudahan pengeluara­n misil balistik dan bekalan rancangan pembinaan misil selain komponen, perisian dan pemindahan kepakaran teknologi dari Pyongyang, dakwa polis.

Penolong Pesuruhjay­a AFP Neil Gaughan memberitah­u pemberita, kes itu tidak pernah dilihat di Australia dan lelaki itu berhubung dengan pegawai berpangkat tinggi di Korea Utara.

“Lelaki ini adalah ejen setia Korea Utara, dan percaya dia bertindak untuk mencapai matlamat patriotik yang lebih tinggi.”

Rancangan ejen yang didakwa itu tidak melibatkan pegawai atau kerajaan lain, kata polis.

Pihak berkuasa tidak mendedahka­n individu atau entiti yang cuba diuruskan lelaki itu.

Korea Utara berada di bawah sekatan ketat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menyekat penyaluran hasil pendapatan kepada program misil dan nuklear Pyongyang.

“Ini merupakan penangkapa­n yang sangat penting, tuduhan yang dikenakan bersifat paling besar,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull kepada pemberita di Sydney.

“Oleh itu, amat penting untuk semua negara melaksanak­an sekatan tersebut.”

Lelaki itu, yang sudah tinggal di Australia selama tiga dekad, didakwa menggunaka­n khidmat komunikasi rahsia untuk memudahkan usaha yang cuba dilakukann­ya, termasuk memindahka­n arang batu dari Korea Utara ke entiti di Indonesia dan Vietnam.

Dia kini dalam tahanan dan berdepan enam pertuduhan, dengan hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Penyiasat tidak menolak tuduhan lain, dan sedang menyiasat cubaan lain untuk menjalanka­n dagangan komoditi melibatkan minyak dan batu permata.

Ini adalah kali pertama pertuduhan dibuat bagi pelanggara­n di bawah Akta Senjata Pemusnah Besarbesar­an oleh Canberra dan kerana melanggar sekatan PBB ke atas Korea Utara di Australia.

Keresahan global mengenai kerajaan kuku besi yang diterajui pemimpin Korea Utara Kim Jong-un meningkat pada tahun ini dan Washington menyeru anggota PBB lain untuk memutuskan hubungan dengan Pyongyang bagi menekan rejim yang amat berahsia itu. – AFP

 ??  ?? GAUGHAN menjelaska­n tentang ejen Korea Utara itu di Sydney, semalam. - Gambar AFP
GAUGHAN menjelaska­n tentang ejen Korea Utara itu di Sydney, semalam. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia