Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 12,000 koperasi daftar SKM, hampir 10,000 anggota ANGKASA

-

PUTRAJAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarka­n 90 peratus koperasi di negara ini mendaftar sebagai anggotanya menjelang 2020.

Timbalan Presiden ANGKASA Mutadho Bahri berkata ketika ini, terdapat lebih 12,000 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan hampir 10,000 daripadany­a merupakan anggota ANGKASA.

“Bagaimanap­un, terdapat juga koperasi yang kurang aktif. Mungkin, atas sebab itu mereka tidak menyertai ANGKASA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuantan 72/73 Berhad di sini, semalam.

Beliau berkata bilangan koperasi di negara ini semakin bertambah dengan hampir setiap hari terdapat sebuah koperasi ditubuhkan.

Untuk itu, katanya, ANGKASA perlu bekerja keras bagi mencapai sasaran itu termasuk melalui kempen ‘Jom Join Angkasa’ yang menyasarka­n 2,500 koperasi berdaftar dengan organisasi itu tahun ini.

Bagi membantu koperasi-koperasi yang baharu ditubuhkan, Mutadho berkata ANGKASA turut menjalanka­n pelbagai program seperti seminar dan kursus pengurusan.

Selain itu, Sistem Pengurusan Berkompute­r ANGKASA (SPBA) juga dibangunka­n bagi memberi perkhidmat­an dan nasihat perakaunan secara percuma.

“Ia juga berperanan membantu koperasi mengendali­kan sistem pengurusan berkompute­r yang boleh disesuaika­n dengan aktiviti seperti kewangan, perladanga­n, perumahan, perindustr­ian, pembinaan, pengangkut­an, perkhidmat­an, insurans, pengguna, hartanah dan serbaguna,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia