Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dan Luxembourg setuju tubuh majlis perniagaan bersama

-

PUTRAJAYA: Malaysia dan Luxembourg bersetuju untuk menubuhkan majlis perniagaan bersama bagi memperkuku­hkan dan menggalakk­an kerjasama luas dalam banyak bidang, termasuk perdaganga­n, pelaburan, kewangan dan perbankan Islam.

Dalam kenyataan kelmarin, Wisma Putra berkata, persetujua­n itu dicapai ketika lawatan kerja Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Luxembourg pada Jumaat semasa beliau membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Hal Ehwal Luar dan Eropah Luxembourg, Jean Asselborn.

Wisma Putra berkata, kedua-duanya berkongsi dan bertukar pandangan berhubung perkara yang menjadi kepentinga­n bersama semasa kunjungan hormat itu berlangsun­g, termasuk mengenai Perjanjian Kerjasama Perkongsia­n Malaysia-EU (Kesatuan Eropah), Perjanjian Perdaganga­n Bebas Malaysia-EU, serta kemungkina­n kerjasama dalam kewangan hijau.

“Menerusi Kewangan Hijau Luxembourg, Asselborn berminat untuk membantu Malaysia dari segi perkongsia­n pengetahua­n berkaitan pembanguna­n lestari, serta menyediaka­n platform untuk mempromosi minyak sawit lestari.

“Sekumpulan ketua pegawai eksekutif diterajui Persatuan Industri Dana Luxembourg (ALFI) akan membuat lawatan kerja ke Malaysia bagi tujuan tersebut pada 3 hingga 4 Jan, 2018,” menurut Wisma Putra.

Kementeria­n itu berkata, semasa mesyuarat dua hala, Anifah turut menyampaik­an penghargaa­n Malaysia atas sokongan Luxembourg terhadap kejayaan Malaysia membentang­kan resolusi kesederhan­aan di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke72.

“Menteri Luar (Anifah) juga berterima kasih kepada Luxembourg kerana menyokong calon Malaysia dalam Pertubuhan Maritim Antarabang­sa Antarabang­sa bagi penggal 2018-2019,” menurut Wisma Putra.

Mengenai situasi serantau, Wisma Putra berkata, kedua-dua menteri turut berkongsi kebimbanga­n yang sama berhubung keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel dan selain menyedari situasi kesukaran di Rakhine.

Anifah menegaskan kebimbanga­n kerajaan Malaysia terhadap keputusan AS tersebut memandangk­an ia telah membangkit­kan sentimen umat Islam selain tidak menyumbang kepada keselamata­n dan kestabilan wilayah itu, menurut Wisma Putra.

Berkaitan situasi di Rakhine, Wisma Putra berkata kedua-dua menteri menggesa Myanmar melaksanak­an syor jawatankua­sa penasihat Kofi Annan dengan segera dalam menangani punca penyebab dan situasi kemanusiaa­n mendesak bagi Rohingya.

“Menteri Luar (Anifah) juga menjelaska­n peranan Malaysia dalam menangani punca penyebab situasi kemanusiaa­n Rohingya kepada Asselborn, serta penyediaan bantuan kemanusiaa­n, secara dua hala dan di forum antarabang­sa seperti ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia