Utusan Borneo (Sabah)

300 sertai program berkhatan beramai-ramai

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

LEBIH kurang 300 kanakkanak telah dikhatanka­n menerusi Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran Pemuda Umno Batu Sapi di Masjid Wassatiyah, Lupak Meluas, Sandakan pada Sabtu.

Ketua Pemuda Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia merupakan antara program tahunan yang dilaksanak­an secara percuma oleh pergerakan itu sejak tahun 2009.

“Setiap tahun kita sasarkan sekitar 300 kanakkanak di kawasan Parlimen Batu Sapi untuk menyertai program berkhatan ini. Pada tahun ini, sekali lagi kita bekerjasam­a dengan kakitangan Hospital Duchess of Kent untuk mengendali­kan proses berkhatan bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat bagi aktiviti bersiram,” katanya.

Antara objektif program katanya, membantu meringanka­n beban kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentinga­n penjagaan kebersihan diri sendiri dan salah satu caranya ada melalui berkhatan,” jelasnya.

Dalam program berasingan, Pemuda Batu Sapi turut menyerahka­n sumbangan beg sekolah dan wang tunai kepada 50 kanak-kanak di Kampung Bahagia.

Menerusi program itu, pihaknya menyasarka­n kira-kira 500 kanak-kanak pada setiap tahun sebagai memberi suntikan semangat agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi sesi persekolah­an yang akan dibuka tidak lama lagi.

Dengan maklumbala­s positif yang diterima daripada ibu bapa, Khairul berkata pihaknya akan terus melaksanak­an program seumpama itu pada masa akan datang sebagai salah satu pengisian dalam musim cuti persekolah­an.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang mengikuti Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran Pemuda Umno Batu Sapi.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang mengikuti Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran Pemuda Umno Batu Sapi.
 ??  ?? ISMAIL (duduk, dua kanan) bersama para pemimpin pelajar UMSKAL selepas penutupan bengkel.
ISMAIL (duduk, dua kanan) bersama para pemimpin pelajar UMSKAL selepas penutupan bengkel.
 ??  ?? PESERTA tekun mengikuti pembentang­an pemantapan kepimpinan pelajar UMSKAL.
PESERTA tekun mengikuti pembentang­an pemantapan kepimpinan pelajar UMSKAL.
 ??  ?? KHAIRUL melaksanak­an aktiviti bersiram sebelum kanak-kanak dikhatanka­n.
KHAIRUL melaksanak­an aktiviti bersiram sebelum kanak-kanak dikhatanka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia