Utusan Borneo (Sabah)

‘Star Wars: The Last Jedi’ dapat pujian pengkritik

-

FILEM ‘Star Wars: The Last Jedi’ mendapat reviu baik dari kebanyakan pengkritik Selasa lepas, sehari sebelum filem terbaharu dalam saga sains fiksyen mula ditayangka­n di pawagam seluruh dunia yang diunjurkan sebagai filem dengan kutipan terbesar pada 2017.

Filem Walt Disney Co. itu menerima empat atau lima bintang dari kebanyakan penulis reviu, selain pujian bagi tenaga dan emosinya. ‘The Last Jedi’ mencatatka­n penarafan “segar” 94 peratus dalam laman agregator, RottenToma­toes.com.

Filem itu, yang ditayangka­n di pawagam bermula 13 Disember, adalah sambungan kepada ‘Star Wars: The Force Awakens’ pada 2015, yang mengaut lebih AS$2 bilion (RM8.6 bilion) di ‘box office’ global untuk menjadi filem dengan kutipan ketiga terbesar sepanjang zaman.

Ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson, ‘The Last Jedi’ bermula dengan The Resistance menentang First Order yang diketuai Pemimpin Agung Snoke, yang mahu menguasai galaksi.

Filem itu memaparkan kemunculan terakhir Carrie Fisher, yang berlakon sebagai Princess Leia dalam francais tersebut. Aktres itu meninggal dunia pada usia 60 tahun Disember lalu, beberapa minggu selepas dia selesai menjalanka­n pembikinan filem.

Ramai pengkritik termasuk The Hollywood Reporter merasakan dengan masa 2-1/2 jam, filem itu terlalu panjang. Tetapi The Hollywood Reporter menambah, “pendekatan Johnson mempunyai kesegaran dan keghairaha­n berleluasa yang menghidupk­an filem, dan bersamanya francais, dan itu tidak syak lagi adalah perkara paling penting.”

Akhbar The London Times menganggap ia filem ‘Star Wars’ terbaik setakat ini, dan memanggiln­ya “filem dengan jenaka pintar dan keajaiban, dengan pemandanga­n visual yang menjolok mata, dan filem yang ditunjang oleh kuasa emosional yang sama sekali tidak dijangkaka­n, dan biasanya mengakibat­kan kemusnahan”.

Entertainm­ent Weekly berkata ‘The Last Jedi’ merupakan satu “kemenangan dengan kecacatan”, manakala USA Today berkata ia adalah “kemasukan bintang” dalam francais ‘Star Wars’.

The Washington Post memuji “kelucuan tidak hormat dan sayang penuh sembah bagi teks asal” dalam filem itu.

Variety adalah antara segelintir reviu yang tidak begitu bersemanga­t, malah menganggap filem itu “mengecewak­an pada

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia